Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Luno – Platform Mata Wang Kripto Di Malaysia Rasmi Dilancarkan

Luno – Platform Mata Wang Kripto Di Malaysia Rasmi Dilancarkan

Diterbitkan November 27, 2019 oleh Haikel Areff

Sudah mula beroperasi sejak 2015 lagi, platform pertukaran mata wang kripto Luno kini dirasmikan kembali di Malaysia.

Sebagai sebuah platform pertukaran mata wang kripto pertama yang mendapat kelulusan penuh dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), ia bukan sahaja membantu ke pertukaran digital malah turut membolehkan pengguna aset mata wang berkenaan.

Sejak pelancaran semula sekitar penghujung Oktober yang lalu, Luno menyatakan lebih daripada RM2.5 juta aset digital telah didagangkan dalam tempoh 10 hari pertama.

“Badan pengawal selia seperti Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah menunjukkan kepimpinan dalam sektor ini yang telah mula mengadaptasikan aset digital baru dan teknologi blockchain,” kata Marcus Swanepoel, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas Luno.

Luno – Platform Mata Wang Kripto Di Malaysia Rasmi Dilancarkan

Dalam pada itu pihak Luno turut berhasrat untuk memastikan semua pelanggan mereka boleh membeli, menjual dan menyimpan Bitcoin serta Ethereum dengan selamat.

Di masa hadapan, apabila nilai aset digital kian berkembang, ia akan memainkan peranan penting dalam dunia perniagaan.

Platformnya kini sudah aktif untuk semua warga Malaysia dan boleh diakses melalui pautan ini luno.com.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY