HUAWEI Lancar Model Baharu Siri MatePad Dan MateBook

Selain siri nova 11, HUAWEI turut melancarkan barisan peranti serba baharu untuk kegunaan korporat dan juga peribadi - HUAWEI MatePad Air, MatePad 11.5", MateBook D 14, dan MateBook 16s.

HUAWEI MatePad Air


MatePad Air adalah tablet pertama HUAWEI yang sokong 144Hz kadar segar semula dengan paparan 2.8K HD FullView berukuran 11.5".

HUAWEI MatePad Air KV

Tablet ini mempunyai ketebalan 6.4mm dan berat hanya 508g sahaja. Oleh itu, ini membuatkan ia sangat sesuai untuk produktiviti di mana-mana sahaja.

Tambahan lagi, pengguna juga boleh memanfaatkan HUAWEI M-Pencil dan HUAWEI Smart Magnetic Keyboard untuk kegunaan yang lebih cekap dan memudahkan.

Melalui ciri SuperHub, pengguna boleh menggunakan aplikasi dan storan secara mudah daripada pelbagai peranti HUAWEI.

HUAWEI MatePad 11.5"


Tablet MatePad 11.5 inci ini pula direka khas untuk keperluan bekerja, belajar atau pun penggunaan peribadi.

HUAWEI MatePad Pro 11 KV

Paparan FullView nya diakui dengan penarafan perlindungan mata daripada TÜV Rheinland. Tambahan lagi, tablet ini dilengkapi 4 pembesar suara stereo Histen 8.0.

Seperti MatePad Air, tablet ini juga boleh digunakan sekali dengan papan kekunci, tetikus dan HUAWEI M-pencil untuk memudah urusan harian.

HUAWEI MateBook D 14


Komputer riba HUAWEI ini menawarkan paparan FullView 14" beresolusi 1080 Full HD dengan skrin IPS. Selain itu, ia mempunyai ciri TÜV Rheinland Low Blue Light dan DC Dimming Flicker Free.

HUAWEI MateBook D 14 2023 - HUAWEI Malaysia

Menariknya lagi, peranti ini menggunakan antena HUAWEI Metaline yang dipertingkatkan. Oleh itu, anda boleh menjangkakan penggunaan dalam talian yang lebih baik.

Selain itu, peranti ini dikuasakan cip Intel Core Gen-12, mempunyai butang kuasa dengan imbasan cap jari, binaan logam dan berat hanya 1.39kg sahaja.

HUAWEI MateBook 16s


HUAWEI MateBook 16s 2023 KV

MateBook 16s dikuasakan cip Intel Core i9 Gen-13, skrin boleh sentuh beresolusi 2.5K dengan kecerahan maksimum 400 nits.

Di samping itu, komputer riba ini juga menggunakan antena HUAWEI Metaline, sokong ciri Super Turbo Software dan mampu mengendalikan tugasan berat seperti gaming, suntingan dan real-time rendering.

Harga dan Ketersediaan




Berdasarkan gambar di atas, siri Matepad akan boleh di pratempah pada hari ini hingga 21 Julai dan jualan bermula keesokkan harinya.

Sementara itu, siri MateBook pula boleh dibeli bermula 15 Julai nanti. Dan setiap pembelian layak untuk mendapat hadiah bernilai hingga RM1,358.

Beli Peranti HUAWEI di Shopee - https://invl.io/clj5vo9

Beli Peranti HUAWEI di Lazada - https://invl.io/clj5vo9

{suggest}

Sumber: Siaran akhbar HUAWEI