Tiga Model OPPO Reno10 Rasmi Di Malaysia Bermula RM1,799

Siri OPPO Reno10 kini rasmi di Malaysia dengan 3 model.

3 model tersebut ialah versi standard (RM1,799), Pro 5G (RM2,199) dan Pro+5G (RM3,499).

Dari jauh, kesemuanya nampak sama saja. Antara perkara utama yang bezakan dalaman mereka ialah kamera, bateri dan sokongan pengecasan pantas.

OPPO Reno10 5G




Model paling bawah untuk siri ini berharga RM1,799.

Ia menggunakan cip Dimensity 7050 dengan 8GB RAM (LPDDR4X) dan 256GB ROM (UFS 2.2).

Ia hadir dengan skrin AMOLED 6.7" melengkung dengan 120Hz kadar segar dan 240Hz input sentuh.

oppo reno10

  • 64MP utama

  • 32MP potret (IMX709)

  • 8MP sudut lebar

  • Swafoto 32MP


Baterinya sebesar 5000mAH dengan sokongan pengecasan sehingga 67W.

Dua warna tersedia ialah Silvery Grey dan Ice Blue.

OPPO Reno10 Pro 5G




Model pertengahan dalam siri ini pula berharga RM2,199.

Cipnya ialah Snapdragon 778G dengan RAM 12GB dan ROM 256GB.



  • 50MP utama (OIS)

  • 32MP potret telefoto (IMX709)

  • 8MP sudut lebar

  • Swafoto 32MP


Skrinnya sebesar 6.7" dari jenis AMOLED 3D dengan 120Hz refresh rate.

Baterinya pula berkapasiti 4600mAh dan sokong SuperVOOC 80W.

OPPO Reno10 Pro+ 5G




Model paling atasan ini berharga RM3,499.

Ia dijana cip Snapdragon 8+ Gen 1. RAM 12GB pula daripada jenis LPDDR5 manakala ROM 256GB pula UFS3.1.

Untuk paparan, skrin 3D AMOLED-nya bersaiz 6.74" dengan resolusi FHD+ dengan kadar segar 120Hz dan kadar input sentuh 240Hz.



Seperti biasa, kita tahu kekuatan Reno ialah pada kameranya.

  • 50MP utama (OIS)

  • 64MP telefoto (OIS)

  • 8MP sudut lebar

  • Swafoto 32MP


{suggest}

Untuk video, ia mempunyai penstabilan OIS dan EIS untuk 1080p 60fps. Selain itu, ia boleh merakam sehingga 4K 60fps.

Baterinya pula sebesar 4700mAh dan boleh dicas sehingga 100W SuperVOOC.

Beli siri OPPO Reno10


Untuk lihat atau beli mana-mana antara 3 model tersebut, klik pada pautan Shopee atau Lazada di bawah.

Pratempahan sehingga 14 Julai akan hadir dengan hadiah percuma .

Sila rujuk laman web OPPO Malaysia untuk spesifikasi lebih terperinci.