Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Dilarang Pra-Pasang Aplikasi Facebook, WhatsApp Dan Instagram Pada Peranti Terbaru

Huawei Dilarang Pra-Pasang Aplikasi Facebook, WhatsApp Dan Instagram Pada Peranti Terbaru

Diterbitkan Jun 7, 2019 ยท Dikemas kini Jun 10, 2019 oleh Helmi Samsuri

Kenyataan rasmi dari Huawei : “Facebook merupakan aplikasi pihak ketiga dan boleh dipasang serta digunakan tanpa sebarang isu pada peranti Huawei.“

Umum sudah mengetahui mengenai situasi Huawei yang ketika ini sedang mengharungi sekatan perdagangan, dikenakan oleh kerajaan Amerika Syarikat sejak beberapa minggu lalu. Ia memperlihatkan sejumlah gergasi teknologi diarah untuk menghentikan hubungan perdagangan mereka dengan syarikat China itu.

Hari ini, satu lagi laporan timbul menyatakan Huawei dilarang dari memasang siap aplikasi (pre-installed) Facebook, WhatsApp dan Instagram pada peranti terbaru mereka. Untuk makluman, Huawei sebelum ini memasarkan peranti mereka siap terpasang dengan aplikasi-aplikasi seperti Facebook, Twitter, Booking.com dan lain-lain.

Lanjutan dari tindakan larangan itu, peranti terbaru dari Huawei selepas ini tidak lagi tersedia dipasang dengan aplikasi dari Facebook tetapi difahamkan pemilik peranti masih boleh memuat turunnya seperti biasa dari Google PlayStore . Sementara itu, bagi pemilik peranti Huawei sedia ada masih boleh menggunakan aplikasi dan menerima kemaskini. Laporan juga menyatakan larangan pra-pasang ini melibatkan peranti Huawei yang masih belum meninggalkan kilang dan Huawei juga dikatakan enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Sumber: Reuters

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY