Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
gsmarena_003 (5)

Insta360 Ace Pro 2 Kamera Aksi Dengan Lensa Leica, Harga Dari RM1,899

Diterbitkan Oktober 23, 2024 oleh Rushsyafizal

Insta360 baru sahaja melancarkan kamera aksi terbaru mereka, Insta360 Ace Pro 2, sebagai pesaing dalam pasaran kamera aksi yang dikuasai GoPro dan DJI.

gsmarena_001 (6)
gsmarena_002 (4)

Ace Pro 2 menampilkan keupayaan merakam video 8K pada 30fps dan video 4K120fps untuk rakaman gerakan perlahan. Ia dilengkapi dengan kamera 50 MP dan sensor bersaiz 1/1.3 inci serta lensa sudut lebar 157 darjah dari Leica Summarit, yang menawarkan kualiti visual luar biasa. Selain itu, terdapat juga profil warna khas Leica untuk hasil yang lebih menarik.

Insta360 Ace Pro 2 Kamera Aksi Dengan Lensa Leica, Harga Dari RM1,899

Dari segi rekaan, Ace Pro 2 mengambil inspirasi dari GoPro, namun dengan paparan depan yang hanya memaparkan maklumat, bukan paparan langsung rakaman. Ia juga mempunyai skrin utama bersaiz 2.5 inci yang lebih terang dan mempunyai ketumpatan piksel yang lebih tinggi.

gsmarena_003 (5)

Kamera ini tahan lasak dan kalis air sehingga kedalaman 12 meter. Dengan bantuan perisian AI seperti PureVideo, rakaman dalam keadaan cahaya rendah dijanjikan lebih jelas dengan pengurangan bunyi dan peningkatan butiran.

Bateri Ace Pro 2 mampu bertahan selama 180 minit, dan pengecasan pantas 30W membolehkan bateri mencapai 80% dalam masa 18 minit sahaja dan untuk pengecasan penuh selama 47 minit.

Kamera Insta360 Ace Pro 2 ini jelas merupakan pilihan menarik bagi mereka yang mencari prestasi tinggi dalam dunia kamera aksi, ia tersedia pada harga bermula RM1,899.

Beli di:

Shopee – https://invl.io/clltr2y

Lazada – https://invol.co/clltr3n

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Pengguna WhatsApp Kelak Boleh Tambah Lagu Dalam Kemas Kini Status
  • BYD Bekerjasama Dengan 'Black Myth: Wukong' Untuk Tingkatkan Pemasaran
  • Syarikat Kereta Api Jepun Hasilkan 'Payung Kalis Pisau' Untuk Keselamatan Penumpang
  • AI Diguna Untuk Menukar Suara Dragon Ball, Gundam Kepada Bahasa Inggeris, Cina

Sumber: Insta360

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY