Umum sudah mengetahui pengeluar-pengeluar utama telefon pintar seperti Samsung dan Apple yang berminat untuk mengeluarkan telefon boleh lipat, dan kini satu lagi nama besar turut dikaitkan dengan perkara itu.
CEO syarikat Huawei, Richard Yu ada memberitahu laman CNET bahawa mereka sudah berjaya menghasilkan prototaip dan mungkin akan mula dipasarkan tahun hadapan. Buat masa sekarang, syarikat itu masih lagi dalam proses penambahbaikan dari segi teknologi skrin yang fleksibel serta rekaan mekanikal yang lebih baik.
Menurut Yu lagi, peranti itu mempunyai dua skrin tetapi terdapat jarak kecil antara skrin berkenaan dan mereka sedang mencari jalan untuk "membuang" jarak tersebut.
Perlumbaan menghasilkan telefon boleh lipat dilihat semakin hampir dengan nama-nama besar sudah mula mendedahkan rancangan mereka kepada umum. Adakah anda teruja dengan kedatangan rekaan terbaru ini?
Sumber: CNET
Berkaitan
- (Video) Powerbank Meletup Di Dalam Pesawat Royal Brunei Airlines
- Sharp Lancar Z2 Dan M1 Untuk Pasaran Malaysia
- Qualcomm Umum Snapdragon X65, Modem Pertama Cecah 10Gbps
- Rekaan Hadapan Huawei P20 Dan P20 Plus Kembali Hangat Diperkatakan
- Suka Hatinya Celcom Menawarkan Pelbagai Alternatif Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19. Akses Percuma?
- Telefon Xiaomi Terjual Sebanyak 1 Juta Unit Dalam Masa 2 Hari Di India
- Khabar Angin - Huawei Mate 10 Pro Mungkin Hadir Dengan Lensa f/1.6
- Huawei Jelaskan Tentang Penggunaan Kamera DSLR Dalam Iklan Nova 3
- VAIO SX12 - Komputer Riba Kecil Yang Menyediakan Pelbagai Port Sambungan
- LG Gram Tahun 2017 Bakal Dilengkapkan Dengan Pengimbas Cap Jari