Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Qualcomm Umum Snapdragon X65, Modem Pertama Cecah 10Gbps

Qualcomm Umum Snapdragon X65, Modem Pertama Cecah 10Gbps

Diterbitkan Februari 9, 2021 oleh Helmi Samsuri

Pengeluar cip terkemuka, Qualcomm, hari ini telah mengumumkan modem 5G generasi terbaru mereka, Snapdragon X65. Ia merupakan generasi penerus kepada model tahun lalu, Snapdragon X60 yang hadir digandingkan bersama Snapdragon 888.

Melalui penawaran terbaharu ini, Qualcomm menyatakan Snapdragon X65 mampu menyokong kelajuan sehingga 10Gbps pada kedua dua rangkaian 5G, standalone dan non-standalone. Ini sekaligus menjadikannya sebagai modem dengan sistem RF pertama yang mencecah kelajuan berkenaan.

10_gigabit_5g2 (1)

Melihat kepada penawaran yang terdahulu, kita boleh menjangkakan modem ini hanya akan dilengkapkan pada peranti mungkin 2022.

Qualcomm Umum Snapdragon X65, Modem Pertama Cecah 10Gbps

Snapdragon X65 dibangunkan dengan proses 4nm dan mempunyai keupayaan senibina yang boleh dinaik taraf bagi memudahkan kemaskini perisian diberikan secara pantas.

Qualcomm Umum Snapdragon X65, Modem Pertama Cecah 10Gbps

Modem ini bakal dimanfaatkan pada peranti seperti telefon pintar, komputer, hotspot mudah alih, IoT, akses tanpa wayar tetap dan rangkaian persendirian.

Tidak ketinggalan sebuah lagi modem diumumkan iaitu Snapdragon X62,  yang mempunyai kelajuan muat turun sehingga 4.4Gbps. Sampel kedua-dua modem ini sudah dihantar kepada OEM.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY