Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Huawei Bersedia Menjual Cip Modem 5G Kepada Apple

Posted on April 10, 2019April 10, 2019

Mate X merupakan telefon pintar pertama dari Huawei yang dilengkapi dengan keupayaan sambungan 5G menerusi modem Balong 5000.

Pada awalnya, Huawei dilihat mahu mengkhususkan platform 5G itu hanya untuk produk keluaran mereka sahaja. Namun berdasarkan sumber yang disebutkan Engadget, Huawei bersedia untuk menjual cip Balong 5000 mereka kepada Apple.

Laporan dari Fast Company pula menyatakan Apple sudah hilang keyakinan terhadap Intel kerana gagal memenuhi pembangunan pada masa yang ditetapkan.

Keraguan juga timbul sama ada Intel mampu atau tidak menyediakan cip 5G XMM 8160 mereka kepada Apple sementara Qualcomm dan Samsung dikatakan enggan menjual cip mereka kepada pengeluar iPhone itu.

Sumber: Engadget

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress