HTC Sahkan Flagship Tahun Ini, HTC U 11 Bersama Cip Snapdragon 835 dan Rekaan Touch Sensitive Frame

Seperti yang sedia maklum, S8 menjadi peranti pertama tampil dengan konsep skrin bezeless dan cip pemproses 835 yang tersangatlah power sehingakan ada yang menitiskin air liur. Tetapi jangan terkejut jika tahun ini kita akan menyaksikan bagaimana jenama underdog dijulang-julang seperti Huawei P9, OnePlus 3 dan beberapa barisan model telefon dari Xiaomi sebelum ini.

Sebelum ini ianya dikenali sebagai HTC 11 bersama nama kod HTC Ocean. Jika laporan yang kami terima adalah benar, flagship HTC untuk tahun ini akan menggunakan nama HTC U 11. Kenapa perlu ada 'U' di depan, kami pun kurang pasti *geleng kepala.

HTC akan memperkenalkan sebuah inovasi baru yang pada duluya hanyalah sebuah rekaan konsep. Flagship dari HTC ini seperti telefon yang lain, juga bakal mengetengahkan paparan skrin besar 5.5, Nougat 7.0, cip 835 dan sebagainya, namun apa yang membezakan peranti ini adalah sistem dalamanya.

Ianya menggunakan teknologi Touch Sensitive Frame, dimana pengguna dapat memberi input dengan menyentuh badan telefon sahaja (mengikut tekanan gengaman tangan) tanpa perlu menyentuh langsung skrin sentuh ! Mereka meletakan sensor di bahagian tepi frame atau bingkai peranti.

[embed]http://https://www.youtube.com/watch?v=hraVoqlowJU[/embed]

Jadi pengguna dapat meyesuaikan sendiri sensitivity gengaman mengikut citarasa tugasan yang anda mahu tetapkan. Kalau genggam kuat sikit boleh boleh jawab panggilan atau pegang lagi kuat untuk buka aplikasi kamera, ikut suka.

htc-ocean-leak-8

Selain itu, peranti ini juga akan menampilkan 2 mod rakaman suara iaitu 3D Audio bersama rekabentuk 4 mikfrofon, membolehkan rakaman suaran yang lebih meluas. Mod yang kedua adalah Hi-Res yang menumpukan pada rakaman suara yang lebih terperinci tanpa kehilangan kualiti.

htc-ocean-Leak-11

Tetapi seperti biasa HTC sekali lagi menawarkan bateri yang agak kecil untuk peranti flagship iaitu hanya pada 3000mAh. Peranti ini dimuatkan dengan cipset terbaru Snapdragon 835 bersama pilihan RAM 4/6GB. Paparan dibina dengan saiz skrin 5.5 inci WQHD bersama Gorilla Glass 5.

htc-ocean-leak-4

HTC U 11 ini akan diperkenalkan secara rasminya pada 16 May ini. Harapnya HTC tidak mengecawakan peminat mereka tahun ini.

Sumber: Android Headline, GSM Arena