Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HTC Bolt Akan Dipasarkan Menggunakan Nama HTC 10 Evo

HTC Bolt Akan Dipasarkan Menggunakan Nama HTC 10 Evo

Diterbitkan November 23, 2016 oleh Haikel Areff

HTC awal harini telah mengumumkan telefon siri Bolt mereka akan dipasarkan ke seluruh dunia dengan menggunakan nama HTC 10 Evo. Model HTC 10 Evo ini memiliki bentuk rekaan, ciri dan spesifikasi yang sama seperti HTC Bolt termasuklah ketahanan air IP57 dan rekaan besi. Ianya menawarkan tiga warna pilihan iaitu Gunmetal, Silver, dan Emas.

Bagi kami, walaupun telefon dari HTC ini mempunyai rekaan besi yang kemas dan keupayaan kalis air, HTC Bolt/10 Evo ini dibina dengan spesifikasi yang agak lapuk. Ianya masih menggunakan Pemproses Snapdragon 810, RAM 3GB dan sokongan QuickCharge 2.0 yang bagi kami sesuatu yang anda dapat pada tahun 2014. Sudah tiba masanya HTC tampil dengan paparan QHD, kamera 16-Megapixel atau keupayaan penstabilan imej contohnya. Jenama seperti Huawei dan OnePlus pula yang ketika ini bersaing rapat dengan model high-end seperti iPhone 7, S7 Edge, Pixel dan LGV20. HTC masih di takuk lama.

HTC 10 Evo ini lebih kurang sama rekaannya dengan HTC 10 cuma ianya memiliki saiz badan yang sedikit besar dan tiada headphone jack. HTC menggunakan port USB-Type C untuk telefon mereka ini. HTC belum lagi mengumumkan harga rasmi HTC 10 Evo ini namun ianya dijangka akan sama seperti HTC Bolt kerana ianya adalah peranti yang sama cuma nama sahaja yang ditukarkan.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY