Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HTC Bakal Memperkenalkan 7 Telefon Pintar Tahun Ini

HTC Bakal Memperkenalkan 7 Telefon Pintar Tahun Ini

Diterbitkan Januari 17, 2017 oleh Haikel Areff

HTC hari ini mengesahkan mereka bakal mengeluarkan lebih banyak peranti tahun ini berbanding tahun lepas. Syarikat pengeluar telefon pintar yang berpangkalan di Taiwan itu meletakan tahun 2017 ini sebagai misi mereka dalam mengetengahkan konsep baru dari HTC.

Tahun ini sudah dua telefon baru telah dikeluarkan iaitu HTC U Ultra dan HTC U Play. Kedua-dua telefon ini mempamerkan fungsi AI pertama dari HTC dan ciri rekaan dua-skrin digunakan untuk model U Ultra.

529537-hands-on-with-htc-s-u-ultra-and-u-play
                                                                    HTC U Ultra dengan dua panel skrin dan Sense Companion AI

Chialin Chang, Presiden Telefon Pintar dan Peranti HTC berkata HTC bakal memperkenalkan 6 ke 7 telefon pintar pada tahun ini. Chialin Chang juga turut berkata, HTC mahu menjadikan fungsi AI baru mereka diperluaskan secara global. Menurutnya lagi, AI rekaan HTC yang dikenali sebagai Sense Companion adalah sebuah mesin yang dibina dengan kombinasi ‘Google Awareness API’, informasi peranti dan data pihak ketiga.

HTC juga bakal melancarkan beberapa lagi model siri ‘Desire’ yang menumpukan kepada telefon kelas pertengahan namun mereka masih belum mengeluarkan sebarang info tentang produk baru mereka tersebut.

HTC ketika ini sedang mencuba ciri fon telinga tanpa wayar yang dipelopori oleh iPhone 7, iaitu HTC USonic. Rekaan fon telinga HTC USonic diketengahkan kepada U Ultra dan U Play yang mampu menganalisa bentuk dalam telinga pengguna dengan ciri ”nadi sonar’.

Sumber: The Verge, Engadget, Gadget 360, Android Authority.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY