HTC U Ultra Dibina Dengan Snapdragon 821 Dan Tanpa Headphone Jack

HTC hadir awal pagi semalam dengan dua model flagship mereka iaitu HTC U Ultra dan HTC U Play. Kali ini HTC mengetengahkan AI baru mereka yang dipanggil Sense Companion yang didakwa mampu belajar dengan sendiri untuk menjadi pembantu yang lebih efisyen. HTC direka sepenuhnya menggunakan Saphire Glass, namun dikhabarkan ianya adalah edisi khas yang mungkin berlainan harganya di pasaran kelak.

htc-u-ultra_559_011117111544

Dari segi spesifikasi, U Ultra memiliki paparan skrin berukuran 5.7 inci bersama paparan QHD dan skrin kedua dengan 160 x 1040 pixel berukuran 2.05 inci. Disinilah fungsi Sense Companion akan berinteraksi sebagai pembantu anda. Rekaan 2 panel skrin ini pertama sekali diperkenalkan oleh LG dengan LG V20 pada tahun lepas.

Di dalam telefon ini dimuatkan dengan Snapdragon 821, sedikit mengecewakan kerana sebelum ini ura-ura mengatakan HTC bakal menggunakan Snapdragon 835. Ianya hadir dengan RAM bersaiz 4GB bersama pilihan storan 64GB dan 128 GB. Terdapat juga ruang kad microSD jika anda mahu membesarkan lagi storan.

htc-u-ultra_1_011117111105

HTC U Ultra menggunakan sensor kamera dari HTC 10 iaitu 12-Megapixel unit Ultrapixel bersama f/1.8. Dan harus diberikan pujian kerana HTC memasukan fungsi penstabilan imej untuk model U Ultra ini. Yang lain tentang kamera U Ultra ini adalah penambahan fungsi 'phase detection'.

Di kamera hadapan pula anda akan dihidangkan dengan kamera 16-Megapixel. Wow. Tapi kena ingat, sensor besar tak semestinya bagus.

Apa yang mengecewakan adalah kapasiti bateri 300mAh. Walaupun ketika ini 300mAh adalah kapasiti bersaiz sederhana, dikhuatiri ianya akan cepat kering dek fungsi yang pelbagai tambahan pula dengan dua panel skrin. HTC sememangnya dikenali dengan telefon premium yang lemah dari segi keupayaan bateri.

Kejutan terbesar dari HTC adalah untuk tidak menggunakan rekaan 3.55 jack. HTC tampil dengan teknologi mereka sendiri iaitu USonic Technology yang dimuatkan didalam fon telinga tanpa wayar khas dari HTC. Mereka mendakwa pengguna akan mendapat pengalaman yang lebih menakjubkan.

HTC U Ultra bakal dijual dengan harga $749(RM 3339.04) di pasaran US

gsmarena_004

Sumber: The Verge, India Today, Gadget 360