Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HP Melancarkan Komputer Riba Terbaru Omen X 2S

HP Melancarkan Komputer Riba Terbaru Omen X 2S

Diterbitkan Mei 14, 2019 · Dikemas kini Mei 15, 2019 oleh ariff bukhari

Model terbaru komputer riba berprestasi tinggi dari HP yang dilengkapi dengan paparan berkembar bersaiz 6″.

HP telah melancarkan model terbaru komputer riba bagi keluarga Omen. Ia merupakan sebuah komputer riba yang memfokuskan kepada para peminat tegar permainan video.

Ia dilengkapi dengan cip pemprosesan terbaru Intel generasi ke-9, Intel Core i9 8-core, kapasiti RAM yang boleh dimuatkan sehingga 32GB dan grafik yang dikuasakan oleh Nvidia’s GeForce RTX 2080 Max-Q GPU.

Apa yang lebih menarik dengan model HP Omen X 2S ini adalah, selain skrin utamanya yang bersaiz 15″ (1080p), kadar segar 144Hz, HP turut melengkapinya dengan skrin mini berkembar bersaiz 6″ (1080p) di bahagian atas papan kekunci komputer tersebut.

HP Melancarkan Komputer Riba Terbaru Omen X 2S

Jadi anda bolehlah menonton video youtube pada kualiti berdefinisi penuh sambil bermain komputer nanti.

Omen X 2S ini setebal 22mm dengan menggunakan kerangka besi sepenuhnya tetapi belum ada maklumat berkaitan dengan berat rasminya buat masa ini.

Omen X 2S dijangka akan mula berada di pasaran dalam bulan Jun ini nanti dan berharga dari USD2,099.99.

P/s: HP turut menyediakan pilihan Skrin 15″ bagi komputer ini di mana pembeli boleh menaik taraf kepada paparan dengan kadar segar 240Hz atau paparan 4K HDR.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY