Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nissan Sedang Kritikal, Ada 12 Ke 14 Bulan Untuk Bertahan

Nissan Sedang Kritikal, Ada 12 Ke 14 Bulan Untuk Bertahan

Diterbitkan November 28, 2024 ยท Dikemas kini November 28, 2024 oleh Amsyar Latif

Nasib syarikat automotif Jepun, Nissan ibarat nyawa-nyawa ikan. Produksi semakin perlahan, jualan kenderaan merosot serta beribu pekerja diberhentikan.

Tidak terhenti di situ, laporan terbaru menerusi temu bual dengan Financial Times, Nissan kini berada di hujung tanduk. Dua eksekutif Nissan mengatakan bahawa syarikat mereka mempunyai 12 ke 14 bulan sahaja untuk bertahan.

Lanjutan itu, mereka dikatakan sedang mencari pelabur utama bagi menghadapi tempoh kritikal selama setahun lebih akan datang. Ini juga adalah disebabkan keputusan Renault yang mengurangkan pegangan sahamnya dalam syarikat tersebut.

Selain itu, mereka juga berhasrat mendapatkan pelabur jangka masa panjang dari sektor perbankan atau insurans bagi menstabilkan kedudukan kewangannya.

Baru-baru ini, Nissan telah menandatangani kerjasama dengan Honda untuk pembangunan jangka masa panjang kenderaan elektrik (EV). Malah, melalui kerjasama tersebut juga mereka berharap Honda akan membeli sebahagian sahamnya.

Langkah ini diambil di tengah-tengah penurunan jualan di China dan Amerika Syarikat, serta persaingan sengit daripada pengeluar kenderaan China.

Renault pula terbuka untuk menjual sebahagian sahamnya kepada Honda, di mana syarikat automotif Perancis itu berharap dapat memanfaatkan kerjasama yang lebih erat antara Nissan dan Honda.

Walaupun tiada perbincangan rasmi mengenai pakatan strategik yang lebih luas antara Nissan, Honda, dan Renault, pemerhati industri melihat potensi sinergi dalam usaha bersama menangani persaingan dan memanfaatkan kekuatan geografi masing-masing.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Honda Demonstrasi Pengeluaran Bateri Keadaan Pepejal Bagi EV Dari Kilang Bernilai RM1.2 Bilion
  • MITI Pastikan Setiap Daerah Di Selangor, Johor Miliki Pengecas Pantas DC Untuk EV
  • BMW Hasilkan Versi Sebenar M3 GTR Ikonik Daripada 'NFS Most Wanted' 2005

Sumber: Financial Times

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Implan Wayarles Kurangkan Gula Dalam Darah
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
©2026 WISER.MY