Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jpeg-optimizer_PRISM+ Sunway Velocity Outlet 4

PRISM+ Akan Buka Cawangan Terbaru Di Sunway Velocity Mall

Diterbitkan November 28, 2024 oleh Rushsyafizal

Jenama elektronik PRISM+, kini secara rasmi bakal membuka cawangan pertamanya di Kuala Lumpur, terletak di Lot 3-80, 3-81, 3-82, tingkat tiga, Sunway Velocity Mall, Cheras.

Kedai seluas 902 kaki persegi ini menandakan perkembangan pesat PRISM+ di Malaysia dengan menawarkan akses yang lebih mudah kepada teknologi rumah pintar dan elektronik berkualiti tinggi pada harga mampu milik.

Majlis pembukaan rasmi dijadualkan bermula pada jam 10 pagi, 30 November 2024, dengan tawaran promosi eksklusif untuk 50 pelanggan pertama. Produk seperti Google TV, monitor produktiviti dan permainan, serta peranti pintar seperti penulen udara dan penghawa dingin Luna Smart akan dipamerkan, bersama demonstrasi langsung integrasi dengan aplikasi pintar PRISM+. Menurut Eric Kam, Pengarah Negara PRISM+ Malaysia,

Kami teruja untuk melancarkan kehadiran runcit kami di Kuala Lumpur, membawa pelbagai pilihan elektronik rumah dan peranti pintar berkualiti tinggi pada harga berpatutan. Outlet ini mencerminkan komitmen kami untuk memudahkan akses kepada teknologi canggih bagi lebih ramai pengguna di Malaysia.

Sempena pembukaan ini, PRISM+ menawarkan harga istimewa untuk produk tertentu, antaranya:

  • S43 | 43″ Google TV – RM899 (Harga asal RM1,349)
  • Q55 Ultra | 55″ 4K QLED Google TV – RM1,699 (Harga asal RM2,299, dengan Atome)
  • Q65-QE | 65″ 4K Google TV – RM1,999 (Harga asal RM2,899, dengan Atome)
  • W240V | 24″ Monitor Produktiviti – RM249 (Harga asal RM399)
  • X270 | 27″ Monitor Melengkung 180Hz – RM549 (Harga asal RM1,099)
  • X340 Pro 100Hz | 34″ Monitor Ultralebar Melengkung – RM999 (Harga asal RM1,499)

Dengan reka bentuk moden, pelbagai pilihan runcit, dan lokasi strategik hanya 9 minit dari TRX Exchange, Sunway Velocity Mall menjadi lokasi ideal untuk stor PRISM+. Akses mudah melalui LRT dan MRT, serta kemudahan parkir, menjadikan pusat beli-belah ini destinasi menarik untuk penggemar teknologi dan mereka yang mencari pengalaman membeli-belah lengkap.

Kunjungi cawangan terbaru PRISM+ untuk meneroka barisan produk terkini, termasuk model baharu dan tawaran eksklusif.PRISM+ di Sunway Velocity menawarkan pengalaman yang direka khas untuk semua.

Berkaitan

  • Reaksi Awal vivo V23e - Dah Nak Habis 2021, 'Dahi' Masih Berlekuk
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • vivo Penaja Utama Konsert Eric Chou, siri X200 Sebagai Telefon Konsert
  • Redmi K80 & K80 Pro Rasmi - Snapdragon 8 Elite, 6000mAh
  • MOT Terbuka Untuk Nilai Semula Perkhidmatan e-Hailing Motosikal

Sumber: Siaran media PRISM+

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY