Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hospital, Klinik Kerajaan Terima Pembayaran Tanpa Tunai Mulai Oktober

Hospital, Klinik Kerajaan Terima Pembayaran Tanpa Tunai Mulai Oktober

Diterbitkan Julai 24, 2022 · Dikemas kini Julai 24, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Semua hospital, klinik dan kemudahan kesihatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyokong pembayaran tanpa tunai bermula 1 Oktober 2022.

Antara kaedahnya ialah melalui kad debit, kad kredit dan e-dompet (e-wallet) termasuk DuitNow.

“Terimaan bayaran secara tunai hanya dibenarkan jika pelanggan tidak mempunyai sebarang mod e-pembayaran atau akaun bank,” menurut kenyataan itu.

Ini bermakna pembayaran secara tunai masih lagi diterima.

Pembayaran ‘cashless’ ini dapat membantu dari segi pengurangan risiko terjadinya ketirisan wang, meningkatkan kecekapan urusan di kaunter, pengurangan kos dan proses di peringkat pusat serta pengurangan risiko jangkitan seperti COVID-19.

Pun begitu, ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati memikirkan ramai pelanggan terdiri daripada golongan tua dan luar bandar yang kurang terdedah dengan penggunaan transaksi digital.

Sumber: FMT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY