Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
DOSM Melancarkan Aplikasi Kalkulator Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar Bagi Setiap Daerah Di Seluruh Negara

DOSM Melancarkan Aplikasi Kalkulator Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar Bagi Setiap Daerah Di Seluruh Negara

Diterbitkan November 5, 2024 ยท Dikemas kini November 5, 2024 oleh ariff bukhari

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) telah melancarkan kalkulator untuk pengiraan Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar (PAKW) bagi setiap daerah di seluruh negara.

PAKW adalah satu kaedah untuk menentukan berapa anggaran kos sesebuah isi rumah untuk menjalani kehidupan bermakna.

Pengiraan PAKW bukan sahaja mengambil kira faktor makanan dan tempat tinggal, bahkan faktor seperti kos kesihatan, pendidikan, aktiviti riadah, penyertaan aktiviti bermasyarakat, dan beberapa pembolehubah lain.

Mengambil contoh di bawah, sebuah keluarga dengan jumlah isi rumah 6 orang (suami isteri bersama 4 anak yang masih bersekolah).

DOSM Melancarkan Aplikasi Kalkulator Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar Bagi Setiap Daerah Di Seluruh Negara
MyPAKW adalah kalkulator untuk rakyat Malaysia mengira jumlah perbelanjaan asas untuk kehidupan yang layak berdasarkan maklumat ahli isi rumah yang dimasukkan oleh pengguna.

Nilai PAKW untuk keluarga tersebut jauh bezanya sekiranya tinggal di luar bandar, Hulu Terengganu ketimbang mereka tinggal di Kuala Lumpur.

DOSM Melancarkan Aplikasi Kalkulator Perbelanjaan Asas Kehidupan Wajar Bagi Setiap Daerah Di Seluruh Negara

Ini bermaksud, sesebuah keluarga yang mempunyai pendapatan bulanan RM5,500 di Hulu Terengganu sudah dapat hidup selesa, tetapi jika mereka tinggal di Kuala Lumpur, mereka memerlukan tambahan hampir RM4,000 sebulan untuk keselesaan hidup yang setara.

DOSM menyatakan, ini adalah kaedah baru yang akan digunakan Kerajaan secara meluas selepas ini untuk merangka dasar, memberikan bantuan, dan pelbagai gerak kerja lain berdasarkan kekuatan statistik dengan sasaran mengoptimumkan sumber negara.

Aplikasi kalkulator PAKW ini sduah boleh dimuat turun untuk peranti Android dan iOS. Atau boleh juga diakses menerusi laman https://mypakw.dosm.gov.my/

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Pengguna Di Malaysia Mula Terima Ciri "AI Overviews in Search"
  • Malaysia Negara Asia Tenggara Pertama Terima Siri vivo X200, Bakal Dilancar Bulan Ini
Sumber: Kementerian Ekonomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY