Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Suzuki Lancar EV Pertama, Produksi Akan Bermula Antara Mac Dan April 2025 Di India 

Suzuki Lancar EV Pertama, Produksi Akan Bermula Antara Mac Dan April 2025 Di India 

Diterbitkan November 5, 2024 · Dikemas kini November 5, 2024 oleh ariff bukhari

Suzuki Motor Corporation telah melancarkan model kenderaan elektrik bateri (BEV) pengeluaran besar-besaran pertamanya, e VITARA, di Milan, Itali.

Suzuki berkata, pengeluarannya akan bermula di Suzuki Motor Gujarat di India pada musim bunga 2025, dengan jualan dijangka bermula di pelbagai negara, termasuk Eropah, India dan Jepun, sekitar musim panas 2025.

eVitara 3
Kapasiti bateri e Vitara adalah sehingga 61kWh.
eVitara 4
e Vitara mampu menjana kuasa maksimum sehingga 135kw (181hp).
eVitara 2
eVitara 1
eVitara 5
Spesifikasi dan varian e Vitara untuk pasaran Eropah.

e VITARA adalah berdasarkan model konsep “eVX,” yang dipamerkan di Ekspo Auto yang diadakan di India pada Januari 2023, dan di JAPAN MOBILITY SHOW pada Oktober tahun yang sama.

Electrek melaporkan, SUV baharu ini direka “secara eksklusif sebagai BEV,” berdasarkan platform baharu yang dibangunkan bersama oleh Suzuki, Toyota dan Daihatsu Motor.

Dengan konsep “Emotional Versatile Cruiser“, e VITARA menampilkan reka bentuk yang menggabungkan teknologi canggih dan prestasi menerusi sistem 4WD elektrik “ALLGRIP-e” yang bukan sahaja memberikan keupayaan luar jalan raya (off-road) tetapi juga prestasi yang berkuasa, dan platform yang baru dibangunkan “HEARTECT-e” khusus untuk BEV.

Berkaitan

  • Yes 5G Tawar Pelan iPhone 16 Bebas Kontrak, Tanpa Penalti! Malah Boleh Dapat ‘Cashback’ Lebih RM3 Ribu Lagi
  • BYD Buka Muzium Kenderaan Elektrik Pertama Di China
  • Sebuah Lagi Model EV Baharu BYD Bakal Tiba Di Malaysia

Sumber: Global Suzuki

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY