Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-06-14T175102.224

HONOR X6b Dilancar Dengan Cip Helio G85, Skrin LCD, Bateri Besar

Diterbitkan Jun 14, 2024 oleh Muhd Idham

HONOR dengan senyap telah melancarkan peranti bajet terbaru mereka iaitu HONOR X6b dalam suasana pelancaran peranti telefon pintar lain mereka, iaitu siri HONOR 200.

phone1 1

Spesifikasinya terdiri daripada cip pemprosesan MediaTek Helio G85 (2.0GHz) dengan sokongan daripada GPU ARM Mali G52 MC2. Ia juga menjalankan MagicOS 8.0 berasaskan Android 14.

Skrinnya hadir dengan jenis TFT LCD 6.56 inci dengan resolusi 1612 x 720 serta kadar segar semula 90Hz.

Bahagian kamera pula terdiri daripada 50MP (f/1.8) AI Ultra-Clear utama, 2MP (f/2.4) ultra lebar dan 5MP (f/2.2) swafoto. Rakaman kamera belakang mampu menampilkan kualiti 1080p 30FPS.

Untuk bateri, kapasiti 5,200mAh hadir dengan sokongan pengecasan 35W.

Screenshot 2024-06-14 165813

Seperti yang anda lihat, ia terdiri dengan pelbagai jenis pilihan warna dan reka bentuk yang lebih kurang sama dengan HONOR X8b.

Namun, ketersediaannya di pasaran Malaysia masih lagi belum diketahui.

Beli produk HONOR di:

Shopee – https://invl.io/clkvpjf

Lazada – https://invol.co/clkvpjk

{suggest}

Sumber: HONOR Global

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY