Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTube_Business Insider

YouTube Sedang Cuba 2 Cara Baharu Dalam Usaha Sekat ‘Adblock’ Dan Aplikasi Pihak Ketiga

Diterbitkan Jun 14, 2024 · Dikemas kini Jun 14, 2024 oleh ariff bukhari

YouTube nampaknya mula mencuba cara baharu dalam usahanya untuk menyekat penyekat iklan selepas sambungan (extension) pelayar menyekat iklan nampaknya berjaya mengatasi setiap sekatan YouTube setakat ini.

Salah satu cara baharu yang sedang dilakukan YouTube bagi mengatasi penyekat iklan adalah mencuba suntikan iklan pada sisi pelayan (server-side ad injection).

Dengan menggunakan kaedah ini, YouTube secara berkesan akan dapat mencantumkan segmen iklan dalam video dan menayangkan keseluruhan pakej kandungan kepada penonton dan bukannya menggabungkannya daripada dua sumber pada penyemak imbas atau aplikasi anda.

Ini akan menjadikan penyekat iklan lebih sukar untuk mengenal pasti tempat iklan bermula dan berakhir.

Ia juga boleh menyebabkan extension penyekat iklan lain seperti SponsorBlock tergendala atau gagal berfungsi dan tidak lagi boleh melangkau iklan.

https://x.com/SponsorBlock/status/1800835402666054072

Satu lagi cara yang sedang dicuba YouTube adalah pengguna yang menonton YouTube dengan menggunakan aplikasi pihak ketiga akan perlu log masuk ke dalam akaun Google mereka.

Ini mencadangkan, YouTube boleh mengehadkan akses video di platform itu jika anda tidak log masuk ke dalam akaun pada masa hadapan.

Sekali gus akan memaksa pengguna log masuk untuk menonton kandungan YouTube tersebut.

YouTube Sedang Cuba 2 Cara Baharu Dalam Usaha Sekat ‘Adblock’ Dan Aplikasi Pihak Ketiga

YouTube kini dilihat seperti penyedia perkhidmatan penstriman dengan cuba menyekat kebebasan pengguna supaya melanggan servis Youtube Premium yang berharga RM17.90/bulan untuk penonton menikmati ciri premium seperti bebas iklan, akses ke aplikasi Youtube Music dan boleh muat turun video untuk tontonnya pada ketika anda luar talian (offline).

Berkaitan

  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen
  • YouTube Tengah Uji Guna Google Lens Untuk Carian Video

Sumber: Android Authority

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY