Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-01-02T170614.337

HONOR X50 Pro Dilancar Dengan Cip Snapdragon 8+ Gen 1

Diterbitkan Januari 2, 2024 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, HONOR telah melancarkan HONOR X50 Pro di China sebagai pengganti HONOR X50.

HONOR X50 Pro

HONOR X50 Pro Dilancar Dengan Cip Snapdragon 8+ Gen 1

Pertama sekali, telefon pintar ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 8+ Gen 1 dan menjalankan Android 13 menggunakan sistem pengendalian MagicOS 7.2 serta GPU Adreno 730.

Selain itu, peranti ini dipasangkan skrin AMOLED 6.78 inci dengan kadar segar semula 120Hz serta resolusi skrin 1200 x 2652 piksel.

Dari sudut kamera, X50 Pro menggunakan kamera utama 108MP, kamera swafoto 8MP dan 2MP untuk kamera ultra lebar.

Selain itu, telefon ini juga dibekalkan kapasiti bateri 5,800mAh dengan pengecasan 35W. Pilihan warna yang disediakan untuk X50 Pro ini ada dua iaitu Elegant Black dan Cangshan Green.

HONOR X50 Pro Dilancar Dengan Cip Snapdragon 8+ Gen 1
Elegant Black
HONOR X50 Pro Dilancar Dengan Cip Snapdragon 8+ Gen 1
Cangshan Green

Walaupun ketersediaannya untuk pemasaran global masih belum ditetapkan, harga bagi HONOR X50 Pro dengan konfigurasi 12GB+8GB RAM dan 256GB storan dijangka hadir pada harga RMB2,799 iaitu ~RM1,805.36.

Berkaitan

  • Tak Perlu Tunggu Lama, Telefon Ni Mampu Dicas Penuh 10 Minit Sahaja
  • Pembaharuan Lesen Memandu, Cukai Jalan Melalui Aplikasi MyJPJ Bermula Februari Ini
  • Sistem PADU Rasmi Dibuka Untuk Pendaftaran Dan Kemas Kini
  • Shopee Mula Kenakan 10% Cukai Barangan Import Bernilai Bawah RM500

Sumber: HONOR, GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY