Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
image_fx_ (3)

Kajian Dedahkan Manusia Alami Penuaan Lebih Cepat Pada Dua Puncak Usia Ini

Diterbitkan Mac 4, 2025 oleh ariff bukhari

Penyelidik dari Stanford University, telah melakukan kajian berkaitan dengan penuaan manusia dengan mengkaji 108 peserta selama beberapa tahun melibatkan analisis ke atas 135,239 ciri biologi.

Hasil daripada kajian intensif itu mereka dapati, manusia mengalami perubahan mendadak dalam pelbagai molekul badan, termasuk RNA, protein, dan metabolisme yang menyebabkan berlakunya dua lonjakan penuaan.

Penuaan juga didapati tidak berlaku secara beransur-ansur tetapi dalam fasa tertentu.

Menurut penyelidik, usia penuaan manusia berlaku dengan ketara pada purata usia 44 dan 60 tahun.

 “Ternyata, usia pertengahan 40-an adalah tempoh perubahan besar, begitu juga awal 60-an. Dan ini berlaku tanpa mengira jenis molekul yang dikaji.” Michael Snyder, PhD, profesor genetik dan penulis utama kajian.

Menurut laporan kajian itu, pada usia pertengahan 40-an, perubahan berkaitan metabolisme lipid, kafein, alkohol, serta kesihatan kardiovaskular, kulit, dan otot dikesan.

Manakala, pada awal 60-an pula ia perubahan melibatkan metabolisme karbohidrat, sistem imun, dan fungsi buah pinggang.

Penyelidik merancang untuk mengkaji punca perubahan ini.  Namun, mereka menekankan kepentingan menjaga kesihatan, terutama pada usia 40-an dan 60-an.

Ini termasuk meningkatkan senaman untuk kesihatan jantung dan otot serta mengurangkan pengambilan alkohol pada usia 40-an apabila metabolisme alkohol menjadi lebih perlahan.

Penyelidikan lanjut diperlukan bagi mengesahkan penemuan ini dalam kumpulan yang lebih besar dan pelbagai.

Berkaitan

  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya
  • Windows 11 Kini Sokong JPEG XL Menerusi 'Extension' Rasmi
  • Pengguna TV Android Di Malaysia Terjejas Dengan Varian Baru Vo1d Botnet

Sumber: ScienceAlert

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY