HONOR hari ini mengumumkan HONOR MagicWatch 2 (42mm) akan hadir dengan warna baru, Sakura Gold yang akan dilancarkan pada 7 April nanti.

IKLAN

Sakura Gold di datangkan dengan reka bentuk serta warna yang feminin bagi wanita.

Spesifikasi dan fungsi yang terdapat pada Sakura Gold ini kebanyakannya hampir sama dengan HONOR MagicWatcch 2 yang lain. Akan tetapi, ia mempunyai sedikit perbezaan dan penambah baikan untuk variasi yang baru.

honor

IKLAN

Jam pintar ini tersedia dalam versi 42mm dan hadir dengan paparan skrin AMOLED beresolusi 390 x 390. Ia turut dikuasakan oleh cip Kirin A1 dan menawarkan ketahanan bateri selama 7 hari.

MagicWatch 2 Sakura Gold ini juga turut disokong dengan 15 fungsi mod kecergasan, sistem pengesanan GPS dan GLONASS dan 13 aktiviti yang berlainan.

IKLAN

honor

Selain itu, HONOR MagicWatch 2 Sakura Gold dikatakan akan mengemaskini fungsi yang terbaru melalui OTA pada 10 April ini. Ia adalah bertujuan untuk memasukkan monitor SpO2 dan fungsi penjejakan kitaran haid wanita.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh layari Facebook dan laman rasmi HiHonor untuk mendapatkan maklumat mengenai kesediaan HONOR MagicWatch 2.