Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
samsung galaxy s20

‘Trade in’ Peranti Lama Anda Untuk Beli Samsung Galaxy S20

Diterbitkan Mac 6, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Berdasarkan kicauan di laman Twitter, Samsung Malaysia kini mengadakan tawaran potongan harga bagi Samsung Galaxy S20 sehingga RM 2,310 (tertakluk terma dan syarat) jika anda ‘trade in’ telefon pintar lama anda. Tawaran ini diadakan bermula 3 Mac sehingga 31 Mei 2020.

Unsure what to do with your old device? Trade in today and get up to RM2,310* off for your all-new #GalaxyS20. Enjoy additional high overtrade value for your continuous support and loyalty on our products.

Learn more: https://t.co/lzWWHQhntK

*Terms and Conditions Apply pic.twitter.com/iFmnJVgwlb

— Samsung Malaysia (@SamsungMalaysia) March 4, 2020

Pengguna yang mahu ”trade in” telefon pintar yang lama perlu membawa peranti tersebut ke kedai Samsung yang berhampiran untuk diuji. Pastikan juga anda ”back up” kesemua data yang ada di telefon pintar anda. Sekiranya berjaya, pengguna boleh dapatkan potongan harga untuk mendapatkan Samsung Galaxy S20.

Berikut adalah keperluan untuk memperdagangkan telefon pintar lama dalam promosi ini :

  • Peranti mesti mampu untuk ON dan OFF sera IMEI boleh diakses.
  • Paparan skrin hendaklah berfungsi.
  • Tiada butang yang rosak atau hilang dan kerangka yang retak.
  • Peranti mestilah tidak dikunci.

Samsung Galaxy S20 dijana oleh cip pemprosesan Exynos 990 dan mempunyai skrin bersaiz 6.2 inci. Kadar segar bagi peranti ini adalah 120Hz dan bateri yang berkapasiti 4000mAh. Kamera hadapan dilengkapi dengan 12MP bagi kamera utama, 12MP ultra lebar dan 64MP telefoto. Kamera hadapan pula didatangkan dengan 10MP.

Sumber : Twitter, Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY