Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
vivo super flashcharge 120w

Vivo Siri APEX 2020 Bakal Hadir Dengan Super FlashCharge 120W

Diterbitkan Februari 3, 2020 oleh Syifa' Syakinah

Telefon pintar dengan bateri yang tahan lama merupakan salah satu perkara yang penting bagi pilihan pengguna. Ini kerana ia dapat memudahkan urusan seharian dan sebagainya. Baru-baru ini, ura-ura mengatakan siri APEX bagi peranti vivo yang akan datang, bakal hadir dengan Super FlashCharge 120W.

Pengecasan pantas 120W membolehkan peranti itu penuh dalam masa 13 minit sahaja. Menurut data dari ujian makmal, Super FlashCharge 120W memakan masa kira-kira lima minit dari 0 sehingga 50 peratus yang dipadankan dengan bateri 4000mAh.

Selain itu, Super FlashCharge juga akan mempunyai teknologi pengecasan yang baru iaitu port pengecasan Type-C dan Travel Charger. Buat masa ini, tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai konsep APEX 2020.

Rekaan konsep APEX 2020 akan dipertontonkan di MWC 2020. Acara itu akan diadakan di Barcelona bermula 23 sehingga 24 Februari 2020 nanti.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY