Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
senheng senq

SenQ Jawab Isu Lelaki Mengamuk Dakwa Dapat Telefon HONOR ‘Second Hand’

Diterbitkan Mei 10, 2022 · Dikemas kini Mei 10, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Semalam tular sebuah video lelaki yang membeli sebuah telefon HONOR melepaskan amarahnya di kedai senQ di dalam IOI Puchong.

Lelaki tersebut merakam video sambil membaling telefon beliau ke lantai dan memarahi pekerja di stor tersebut.

Dia mendakwa telefon yang dibelinya merupakan unit terpakai, bukannya baharu seperti sepatutnya.

SenHeng dan senQ telah melakukan siasatan dan mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan peristiwa tersebut.

Jelas SenHeng, pihak HONOR sendiri telah mengesahkan bahawa HONOR X9 yang dibeli lelaki tersebut ialah unit baharu sepenuhnya dengan jaminan bermula 6 Mei 2022.

Pembeli tersebut juga telah memeriksa peranti tersebut ketika proses pembelian dan ia dibuktikan melalui rakaman video di dalam kedai.

senheng senq honor

Lelaki tersebut juga telah dihubungi oleh pihak HONOR dan diberikan penjelasan, menurut kenyataan tersebut.

Selain menyatakan penghargaan pada pekerjanya, SenHeng juga menekankan bahawa penilaian dan pandangan daripada pihak ketiga tidak mencerminkan nilai syarikat mereka.

Bagaimanapun, rata-rata komen netizen di laman sosial masih menyatakan perasaan tidak puas hati mereka tentang perkhidmatan selepas jualan daripada syarika tersebut.

Baca juga:

  • Ciri ‘Reactions’ Di WhatsApp Kini Tersedia Secara Rasmi Untuk Semua Pengguna
  • Dulu No.1 Asia, Kini Malaysia Bukan Lagi 20 Teratas Dalam Pornografi
  • Sering Kongsi Kod QR Akaun Bank? Ini Sebab Ia Boleh Bahayakan Anda

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY