HONOR X7, X8 Dan X9 Tiba Buat Pasaran Tempatan - Harga Bermula RM699

Selain Xiaomi, HONOR Malaysia malam ini juga tidak ketinggalan melancarkan telefon dalam siri baharu X.

Model-model tersebut ialah HONOR X9 5G, HONOR X9, HONOR X8 dan HONOR X7.

HONOR X9 5G


Peranti yang menyokong rangkaian 5G ini dikuasakan Snapdragon 695, mempunyai RAM 8GB dengan storan 128GB. Telefon ini dijual pada harga RM1,299.

Kapasiti baterinya pula 4800mAH bersama pengecasan pantas 66W. HONOR mengatakan pengecasannya selama 15 minit boleh memberi 50% bateri dan hanya mengambil 40 minit untuk pengecasan penuh.

Dengan nisbah skrin-ke-badan setinggi 94%, ia mempunyai kadar segar 120Hz dan tersedia dalam 3 warna iaitu Titanium Silver, Ocean Blue dan Midnight Black.


HONOR X9


Dengan reka bentuk sama model 5G, kamera menjadi tumpuan utama HONOR X9 ini. Ia dijual pada harga RM1,099.

Bateri dan pengecasannya sama dengan model 5G. Ia dilengkapkan kamera utama 64MP, sudut lebar 8MP, bokeh 2MP dan makro 2MP.

Namun, model ini pula menggunakan cip Snapdragon 680 bersama skrin bersaiz 6.81 inci.

HONOR X8


Model ini juga dijana Snapdragon 680 dengan RAM sebesar 6GB bersama storan 128GB. Ia dijual pada harga RM899.



Untuk paparan, ia disertakan skrin bersaiz 6.7 inci dengan skrin-ke-badan 93.6%. Kadar segarnya pula setinggi 120Hz.

Bagi kamera pula, ia mempunyai kamera 64MP, sudut lebar 5MP 120 darjah, kamera bokeh dan makro.

HONOR X8 juga hadir dengan tiga pilihan warna Titanium Silver, Ocean Blue dan Midnight Black.

HONOR X7


Dengan harga RM699, telefon ini sama menggunakan cip Snapdragon 680, RAM serendah 4GB dengan storan 128GB.



Bagi pengecasan, ia disertakan bateri sebesar 5000mAh dengan SuperCharge 22.5W.

Skrinnya yang bersaiz 6.74 inci mempunyai kadar segar 90Hz dengan nisbah skrin-ke-badan 90.07%.

Ia boleh didapati dalam dua warna iaitu Titanium Silver dan Ocean Blue.

Berikut ialah harga untuk kesemua telefon yang dilancarkan HONOR malam ini.



Anda boleh melakukan pratempah HONOR X9 5G dan HONOR X8 bermula dari 29 Mac hingga 6 April 2022.
Peminat yang membuat pra-tempah HONOR X9 5G boleh mendapat hadiah percuma bernilai RM516.

Sementara bagi mereka yang membuat pratempah HONOR X8 akan menerima hadiah percuma bernilai RM436.
Klik di SINI untuk ke kedai rasmi HONOR di Shopee dan atau SINI untuk ke Lazada.

Baca juga: