(Ulasan) HONOR MagicBook 16 - Harga Premium Tapi Tak Cukup 'Umph'

Jika anda tercari-cari komputer riba terbaru yang berprestasi sederhana, anda mungkin patut melihat komputer riba terbaru dari Honor iaitu HONOR MagicBook 16.

Ini kerana HONOR MagicBook 16 ini dilengkapi dengan skrin IPS anti silau bersaiz 16.1 inci, dikuasakan oleh cip pemprosesan berkuasa dari AMD Ryzen™ 7 5800H 8 Teras, RAM 16GB dan hanya seberat 1.84kg sahaja.

Kapsyen: Pandangan bahagian bawah komputer riba ini. HONOR MagicBook 16 didatangkan dengan storan 512GB.


 

Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian sebelum anda membuat keputusan membeli komputer riba ini.

Sepanjang menggunakannya, terdapat beberapa isu yang agak menjengkelkan penulis sebenarnya.

Walaupun kualiti binaannya agak kukuh dengan penggunaan aluminimum sebagai material utama. Namun ia belum cukup memberikan rasa premium sepertimana kualiti yang ada pada Apple Macbook Air.

Kapsyen: Kualiti binaan dan kemasan HONOR MagicBook 16 agak baik.


Papan kekunci backlit nya pula pada pendapat penulis kadar cerah yang ditetapkan adalah sangat terhad. Jadi jika anda menaip di dalam gelap tidak cukup kecerahannya.

Walaubagaimanapun, menaip di papan kekunci HONOR MagicBook 16 adalah selesa.

Berkaitan dengan kualiti audio pula, walaupun audio jelas dan kuat, tetapi dari segi kepuasan audio tidak begitu memberangsangkan.

Jadi penulis hanya berikan 5 mata sahaja dari 10.

Kapsyen: Menaip di papan kekunci pada komputer riba ini adalah selesa. Kualiti audio HONOR MagicBook 16 pula hanya biasa-biasa saja.


Penulis juga kecewa kerana walaupun menggunakan cip AMD Ryzen™ 7 5800H yang berkuasa, malangnya ia hanya dipadankan dengan grafik terbina AMD Radeon Graphics yang berkuasa rendah sahaja.

Jadi untuk memainkan permainan komputer di komputer riba ini tidak disyorkan kerana prestasi grafiknya mengecewakan.

Untuk kuasa baterinya pula pada kapasiti penuh (56Wh), ia mampu bertahan sekitar 5 jam sahaja untuk menjalankan kerja-kerja seperti menaip dengan sambungan Wi-Fi.

Kapsyen: Butang penghidup komputer riba ini turut dilengkapi dengan pengimbas cap jari.


Untuk spesifiaksi lainnya, HONOR MagicBook 16 turut dilengkapi dengan kamera di bahagian atas untuk sidang video atau rakaman video pada kualiti 720P HD serta pengecas menggunakan sambungan USB-C,  2x sambungan USB-C 3.2 Gen1, 2x USB-A 3.2 Gen1, satu sambungan HDMI dan bicu audio 3.5mm.



Apa yang dapat disimpulkan penulis adalah HONOR MagicBook 16 hanyalah sebuah komputer riba berprestasi sederhana yang sesuai untuk kerja-kerja pejabat dan bagi mereka yang mahukan paparan besar dengan ciri anti silau.

Dijual pada harga RM4,299.00, sejujurnya penulis berpandapat harga yang ditawarkan adalah agak tinggi.

Tetapi jika anda mahukan sebuah komputer riba dengan skrin lebar bersaiz 16 inci, inilah pilihan yang ada pada harga itu.

Jadi, bagaimana dengan anda? Adakah anda berkenan dengan HONOR MagicBook 16 ini dengan spesifikasi yang ditawarkan?

Tepuk dada, tanya selera.

Baca juga: