Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LG Display

LG Display Bangunkan Peranti Teknologi Bunyi Ternipis Untuk Kenderaan

Diterbitkan November 22, 2022 · Dikemas kini November 22, 2022 oleh ariff bukhari

LG Display mengumumkan bahawa mereka telah membangunkan teknologi yang dinamakan sebagai Thin Actuator Sound Solution, iaitu sebuah teknologi bunyi baru untuk kereta.

LG Display memaklumkan, teknologi ini akan dikomersialkan pada separuh pertama 2023 nanti di dalam kenderaan.

Menjelaskan teknologi baharu itu, Thin Actuator Sound Solution adalah berbeza dengan pembesar suara konvensional yang besar dan berat kerana komponen seperti gegelung suara, kon, dan magnet.

Berkaitan

  • Ini Antara Kata Laluan Paling Teruk Yang Masih Digunakan Sehingga Kini
  • Dua Motosikal Elektrik Dilancarkan Di Malaysia
  • Cara Dapatkan Diskaun Maksimum RM10 Di Foodpanda Sepanjang Februari 2023

Sebaliknya, teknologi pembesar suara terbaru ini sangat nipis dan ringan yang memanfaatkan teknologi exciter jenis filem dari LG Display. Teknologi unik yang dibangunkan LG Display membolehkan peranti itu bergetar dari panel paparan dan pelbagai bahan di dalam badan kereta untuk menghasikan pengalaman bunyi 3D.

Peranti audio itu hanya bersaiz 150mm x 90mm dan ketebalan hanya 2.5mm serta seberat 40gram sahaja, Sekaligus membolehkan ia dipasang di pelbagai bahagian dalam kereta seperti papan pemuka dan sandaran kepala.

Teknologi yang dibangunkan LG Display ini telah pun menerima Anugerah Inovasi CES® 2023  (‘kategori keselamatan dan hiburan dalam kenderaan’) dari Persatuan Teknologi Pengguna.

Sumber: lgdisplay.com

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY