Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Magic8 Pro Exclusive Pre-order Free Gift_KV

Tempah Awal HONOR Magic8 Pro, Percuma Insta360 Ace Pro

Diterbitkan November 20, 2025 oleh ainabatrisyia

Pada 27 November 2025, HONOR Magic8 Pro bakal dilancarkan di Malaysia dengan tawaran istimewa sempena pra-tempah. Pelanggan terawal akan menerima kamera aksi Insta360 Ace Pro secara percuma.

HONOR Magic8 Pro Exclusive Pre-order Free Gift_KV

HONOR juga mengumumkan Pegawai Pengalaman Teknologi Masa Depan baru mereka iaitu Nicholas Tse. Bintang Hong Kong ini dikenali dengan kerjayanya dalam bidang lakonan, penerbitan muzik, keusahawanan makanan, dan peranan aksi berprestasi tinggi.

Kerjasama ini menandakan hala tuju kreatif baharu untuk HONOR dengan menyelaraskan teknologi canggih serta nilai kesenian ekspresi manusia.

HONOR mengajak orang ramai untuk mengikuti penstriman langsung pelancaran rasmi HONOR Magic8 Pro ini pada 27 November, jam 3 petang, di laman Facebook serta saluran YouTube rasmi HONOR Malaysia.

Di sini, penonton bakal didedahkan kepada fungsi penuh, ciri peranti, harga rasmi dan butiran pakej pra-tempah percuma. Lapan penonton bertuah juga berpeluang memenangi HONOR CHOICE Earbuds Clip dengan hanya menonton.

Anda juga boleh mengunjungi laman sesawang rasmi HONOR Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai HONOR Magic8 Pro.

Berkaitan

  • ASEAN Records Iktiraf Siri HONOR X9 Sebagai Telefon Pintar Kelas Pertengahan Paling Laris
  • HONOR Dedah “Robot Phone”, Konsep Baharu Gabung AI Dan Robotik Dalam Telefon Pintar
  • HONOR Magic8 Pro Bakal Tiba Di Malaysia Dalam Masa Terdekat
  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY