Peranti tersebut hadir dengan sistem kamera berkualiti tinggi 48MP Sony IMX586 yang menjanjikan kualiti gambar yang sangat baik.
Ia ditambah pula dengan teknologi dwi-NPU dan dwi-ISP yang ada pada cip Kirin 980 yang membantu meningkatkan prestasi perprosesan imej dan kamera.
Dalam pada itu, HONOR telah memberi peluang kepada para pengguna untuk memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk telefon pintar kelas perdana terbaru mereka HONOR View20 melalui satu pertandingan fotografi yang dinamakan sebagai "See The Unseen".
Pertandingan itu sedang dijalankan bermula dari 7 Februari yang lalu dan sehinggalah 25 Mac ini.
Peminat boleh menghantar penyertaan dengan memuatnaik gambar yang diambil menggunakan mana-mana peranti HONOR secara terus ke HONOR Gallery atau memuatnaik gambar yang diambil menggunakan tanda pagarĀ #SeeTheUnseen dan#HONORMade.
HONOR View20 ditawarkan pada harga RM1,999 bagi modek 6GB+128GB manakala variasi 8GB+256GB pula dipasarkan pada harga RM2,499.
Sumber: HONOR MY
Berkaitan
- Spesifikasi Honor Note 9 Terbongkar, Memperlihatkan Tetapan Dwi-Kamera Di Belakang
- First Look HONOR View20 Di Paris ft Fazli Halim
- Honor Tawar Peluang Menangi Pelbagai Hadiah Percuma Menarik Bagi Pembeli Terawal
- Peminat Beratur Panjang, Roadshow HONOR View20 Mendapat Sambutan Hangat
- Honor Magic 2 Kini Rasmi - Muncul Peranti Enam Kamera Pertama Dengan Skrin Boleh Luncur
- Selamat Tinggal 'Notch'- HONOR View20 Bakal Menerjah Tanah Air Pada 26 Januari Ini
- Honor 10 Bakal Terima Sokongan GPU Turbo Dan AIS Ogos Ini
- Huawei P20 Pro & Honor 10 Antara 9 Model Huawei Yang Bakal Terima Android Pie Bermula Minggu Ini
- HONOR MAGICWATCH 2
- Honor 10 Dilancarkan Buat Pasaran Malaysia Pada Harga Serendah RM 1,699