HONOR Bakal Lancarkan Peranti Tri-Kamera Utama Pertama Mereka Di Malaysia Tidak Lama Lagi

HONOR adalah salah satu daripada sub-jenama yang sering menjadi pilihan pengguna pada hari ini.

Ia kerana peranti mereka sering menawarkan peranti dengan spesifikasi yang hampir setanding dengan jenama induknya, Huawei dengan harga yang lebih mampu milik.

Terbaru, mereka mengesahkan akan memperkenalkan telefon dengan kamera utama tri-lensa pertama mereka di Malaysia tidak lama lagi.

HONOR Malaysia tidak menyatakan secara spesifik mengenai peranti tersebut, namun kami menjangkakan ia adalah HONOR 10i.



Pada minggu lalu, kami ada melaporkan bahawa HONOR 10i telah dilancarkan di Rusia dan ia hadir dengan tetapan kamera utama tiga lensa.

Tiga lensa yang melengkapi peranti tersebut ialah lensa 24MP + 8MP + 2MP manakala kamera hadapannya pula hadir dengan lensa 32MP.

Selain itu, HONOR 10i ini juga didatangkan dengan skrin IPS LCD FHD+ 6.21-inci, bateri 3400mAh, cip Kirin 710, memori 4GB RAM serta simpanan dalaman 128GB.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai peranti ini, anda boleh ikuti laman Facebook rasmi HONOR Malaysia.

 

Sumber: HONOR Malaysia