HONOR 10i Tersenarai Di Huawei Store Rusia, Tampil Dengan Tetapan Tri-Kamera Utama

HONOR secara tiba-tiba telah memperkenalkan model HONOR 10i, satu lagi peranti kelas pertengahan mereka.

Ia telah tersenarai di laman Huawei Store Rusia dan tampil dengan beberapa spesifikasi menarik seperti tetapan tri-kamera utama.

Kapsyen: GSMArena


Tiga lensa yang digunakan ialah 24MP f/1.8 + 8MP + 2MP lensa ultra-luas manakala bagi kamera hadapan pula, ia dilengkapi dengan lensa 32MP berkuasa AI.

HONOR 10i ini hadir dengan cip Kirin 710 serta memori 4GB RAM dengan simpanan dalaman 128GB. Ia bakal dijalankan dengan sistem EMUI 9 berlandaskan Android 9 Pie.

Dibahagian hadapan peranti pula disokong oleh skrin 6.21-inci FHD+ dengan nisbah aspek 19.5:9 serta rekaan takuk waterdrop. Ia juga masih membekalkan sokongan bicu audio 3.5mm.



Sementara itu, HONOR 10i ini akan dijana oleh bateri berkapasiti 3,400mAh dan hadir dengan tiga pilihan warna iaitu merah, biru dan hitam.

Melihat kepada spesifikasi peranti ini, ia seolah-olah hasil gabungan di antara model Huawei Nova 4e dengan HONOR 10 Lite. 

Bagaimanapun, tiada sebarang maklumat berkenaan harga peranti telah dinyatakan. Kemasukannya ke pasaran Malaysia juga masih menjadi tanda tanya.

Kami berharap akan dapat mendengar mengenainya daripada HONOR Malaysia dalam masa terdekat.

 

Sumber: GSMArena