Ini adalah berikutan dari terpaparnya model terbabit pada pengkalan data SIRIM yang didaftarkan dibawah syarikat Huawei Malaysia menggunakan nama ko LLD-L21.
Kelihatan mirip seperti model Huawei Nova 2i dan Honor 7X, peranti ini menampilkan skrin paparan berukuran 5.65 inci HD penuh dengan resolusi 2160 x 1080 FullView Display juga bernisbah 18:9.
Bagi tetapan kamera, ia dilengkapi dengan dwi kamera dibahagian hadapan dan belakang yang masing-masing menggabungkan lensa 13MP dan 2MP.
Honor 9 Lite bakal dipacu oleh cip pemprosesan Kirin 659, RAM 3GB atau 4GB, dan ruang storan 32GB atau 64GB. Ia juga mempunyai sokongan memori tambahan melalui kad MikroSD sehingga 256GB.
Menjalankan sistem operasi Android Oreo bersama antaramuka terbaru EMUI, Honor 9 Lite dijana dengan bateri berkapasiti 3000mAh, dan teknologi pengecasan pantas SuperCharge.
Tiadak maklumat terperinci bila penawaran untuk pasaran tempatan akan dibuat dan untuk itu, mari sama-sama kita nantikan pengumuman dari Huawei Malaysia.
Sumber: Lowyat.net
Berkaitan
- Vivo V7 Kini Berharga RM1199, Potongan Harga Sempena Jualan 12.12
- realme Sasar Perkenal Lebih Dari 20 Peranti 5G Menjelang 2022
- Vivo Malaysia Akan Perkenalkan Vivo V19 Pada 23 April Ini
- Imej F9 Pro Dengan VOOC, "5-Minit Cas, 2 Jam Masa Berbual"
- Aplikasi Telegram Kini Menyokong Lebih Dari Satu Akaun Nombor Telefon
- Google Chrome Akan Mula Sekat Iklan Yang Membawa Kita Ke Halaman Lain
- Tiga Warna Baru Xiaomi Mi Note 2 | Merah Jambu, Hijau dan Ungu
- PMPL Musim Kedua Akan Bermula 9 Ogos Ini
- Vivo V15 Pro - Beli Satu Percuma Satu Melalui Pelan MaxisOne
- Arena Of Valor Untuk Switch Dilancarkan Bulan Hadapan, Versi Permainan Berbeza Dari Telefon Pintar