Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2021-06-03 at 10.01.28 PM

realme Sasar Perkenal Lebih Dari 20 Peranti 5G Menjelang 2022

Diterbitkan Jun 3, 2021 ยท Dikemas kini Jun 3, 2021 oleh Helmi Samsuri

Pertama kali memasuki pasaran tanah air sekitar 2018, nama realme kini sudah menjadi bualan harian peminat telefon pintar tempatan. Itu cerita dalam Malaysia, tetapi secara global ada cerita baharu yang telah kedengaran.

Menerusi persidangan maya melibatkan nama-nama besar seperti GSMA, Counterpoint, realme dan Qualcomm yang berlangsung hari ini, pengeluar tersebut telah menyatakan sasaran mereka untuk masa hadapan.

Visual – realme 5G Summit

Menurut Madhav Sheth, Timbalan Presiden realme, syarikatnya itu telah meletakkan sasaran 100 juta pengguna muda akan menggunakan telefon pintar dengan sokongan 5G dalam tempoh tiga tahun mendatang.

Visual – realme 5G Summit

Selain itu, ia, beliau juga menegaskan bahawa realme mahu menjadi salah satu pihak yang mempopularkan 5G keseluruh global dengan memajukan penggunaan rangkaian tersebut, disamping membawa lebih banyak teknologi kepada pengguna.

Setakat tahun 2020, realme sedia memperkenalkan 14 peranti yang menyokong 5G pada 21 pasaran. Angka tersebut bakal bertambah menjelang tahun 2022 dimana mereka bakal menyasarkan lebih dari 20 peranti pada 50 pasaran serata dunia.

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY