Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Honor 20 Lite Memasuki Pasaran Malaysia Secara Rasmi, Dijual Pada Harga RM949

Honor 20 Lite Memasuki Pasaran Malaysia Secara Rasmi, Dijual Pada Harga RM949

Diterbitkan April 17, 2019 · Dikemas kini April 18, 2019 oleh Helmi Samsuri

Memeriahkan lagi penawaran bagi peranti pertengahan dalam negara, HONOR hari ini tampil melancarkan HONOR 20 Lite untuk pasaran tempatan.

Honor 20 Lite Memasuki Pasaran Malaysia Secara Rasmi, Dijual Pada Harga RM949

Turut dikenali sebagai HONOR 10i/20i dipasaran negara lain, HONOR 20 Lite diperkenalkan dengan skrin paparan IPS LCD 6.21 inci bersama resolusi 2340 x 1080p serta menjalankan sistem operasi EMUI 9.o berasaskan Android Pie 9.

Ia dikuasakan cip Kirin 710 dan dipadankan dengan RAM 4GB serta ruang simpanan sebesar 128GB. Mengisi takuk pada panel paparan hadapan adalah lensa kamera swafoto 32MP (f/2.0).

Honor 20 Lite Memasuki Pasaran Malaysia Secara Rasmi, Dijual Pada Harga RM949

Tiga lensa kamera bahagian belakang pula terdiri daripada sensor 24MP (f/1.8)+8MP(f/2.4)+2MP(f/2.4). Sistem imbasan cap jari diletakkan pada panel belakang dan kapasiti bateri yang diberikan adalah 3400mAh menerusi pengecas 10W.

Honor 20 Lite Memasuki Pasaran Malaysia Secara Rasmi, Dijual Pada Harga RM949

Diletakkan pada nilai RM949, HONOR 20 Lite disediakan dua warna pilihan iaitu Phantom Red dan Phantom Blue. Penawaran peranti ini akan dibuat bermula 24 April 2019 secara eksklusif di Shopee dan laman HiHONOR.

Honor 20 Lite Memasuki Pasaran Malaysia Secara Rasmi, Dijual Pada Harga RM949

Bagi 500 pembeli pertama yang membeli HONOR 20 Lite dari Shopee akan beg drawstring serta Shopee Coins bernilai RM30. Sementara itu bagi 1000 pembelian yang seterusnya akan menerima cenderahati dari HONOR beserta Shopee Coins RM30.

Seramai 50 pembeli terawal di HiHONOR pula juga menerima cenderahati dari HONOR. Penjualan secara fizikal dari HONOR Experiences Store akan ditawarkan bermula 26 April 2019.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
©2026 WISER.MY