Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR 20 Bakal Diperkenal Secara Rasmi Di London Pada Bulan Hadapan

HONOR 20 Bakal Diperkenal Secara Rasmi Di London Pada Bulan Hadapan

Diterbitkan April 16, 2019 oleh Haikel Areff

Ketika Huawei baru sahaja memperkenalkan siri kelas perdana mereka, Huawei P30 Pro, anak syarikat mereka HONOR juga tidak mahu ketinggalan dalam melancarkan peranti dalam kelas yang sama.

HONOR baru-baru ini telah mengesahkan bahawa siri HONOR 20 bakal dilancarkan di London tidak lama lagi. Menariknya, HONOR mempunyai cara tersendiri untuk mengumumkan tarikh pelancaran rasmi peranti itu nanti.

Dalam imej poster yang dikirimkan, HONOR “mencabar” peminat untuk menyelesaikan permasalahan matematik untuk mengetahui tarikh pelancaran rasmi HONOR 20 ini.

Soalan yang berbunyi “444 + 4 x 4 x 4 + (4+4)/4 + 44/4” itu apabila dikira akan mendapat jawapan 521 dan tekaan paling munasabah ialah HONOR 20 akan diperkenalkan pada 21 Mei(5/21) nanti.

Peranti ini dijangka akan hadir dengan spesifikasi berprestasi tinggi seperti cip pemprosesan Kirin 980 serta tetapan kamera yang berkualiti tinggi.

Bercakap mengenai kamera, penggunaan angka “4” dalam persoalan matematik di atas seolah-olah memberi gambaran penggunaan 4 lensa kamera.

Akan tetapi, ia hanyalah spekulasi yang bermain di arena internet ketika ini. Sekiranya benar, bagaimanakah susunan kamera yang akan digunapakai?

Jika ditanya pendapat saya, saya lebih gemarkan tetapan tri-kamera dengan satu lensa ToF berbanding dua lensa kamera utama dan dua lensa untuk kamera hadapan.

Bagaimana pula dengan anda, tetapan seperti manakah yang diinginkan? Seperti biasa, kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Dari segi harga pula, kami menjangkakan HONOR akan mengekalkan tanda harga bawah RM2,000 bagi peranti ini apabila dilancarkan di Malaysia kelak.

 

Sumber: HONOR Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
©2026 WISER.MY