Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
MG Cyberster 04

MG Cyberster Tiba Di Malaysia, Roadster Elektrik Berharga Kurang Dari RM350,000

Diterbitkan Oktober 25, 2024 · Dikemas kini Oktober 25, 2024 oleh ariff bukhari

SAIC Motor Malaysia mengumumkan, roadster elektrik pertama bagi jenama MG, MG Cyberster kini sudah boleh ditempah.

MG Cyberster hadir dalam satu varian yang berprestasi – 503 PS (375 kW) dan tork maksimum 725 Nm hasil pacuan semua roda (4WD) dengan dua motor.

Dibekalkan dengan bateri 77 kWh, Cyberster mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.2 saat dan menawarkan jarak pemanduan sehingga 446 km (WLTP).

Dilengkapi pengecas AC 7 kW yang mengambil masa kira-kira 10.5 jam untuk dicas penuh dari 10% hingga 100%, ia turut menyokong pengecas awam pantas 150 kW DC di mana pelanggan boleh mengecas EV ini dari 10% hingga 80% sepantas 38 minit.

MG Cyberster 01
EV roadster dengan anggaran harga di bawah RM350,000 ini menampilkan pintu gunting elektrik.
MG Cyberster 09
Roadster ini dilengkapi roda aloi Jetstream 20-inci dan angkup brek merah yang menonjol
MG Cyberster 14

Bahagian dalam Cyberster menampilkan pakej dalaman sporty dengan tempat duduk sport kulit yang dihiasi sisipan Alcantara dan stereng berbalut kulit Nappa.

Sistem info hiburannya pula dilengkapi skrin sentuh berpusat bersaiz 7-inci, paparan pemacu 10.25 inci dengan 2 skrin tambahan di kiri dan kanan.

Untuk pengalaman audio terbaik, ia hadir dengan sistem bunyi Bose 8.

Tidak dilupakan ciri keselamatannya di mana roadster ini dilengkapi sistem Advanced Driver Assistance Systems (ADAS) di bawah jenama MG Pilot.

Antara ciri utamanya termasuklah Amaran Perlanggaran Depan (FCW), Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan pengesanan pejalan kaki dan basikal, Adaptive Cruise Control (ACC), Bantuan Kesesakan Lalu Lintas (TJA), serta Amaran dan Bantuan Lorong (LDW & LKA).

Ia juga hadir dengan Blind Spot Detection (BSD), Lane Change Assist (LCA), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), dan Intelligent High Beam Assist.

MG Cyberster boleh didapati dalam empat warna menarik: Dynamic Red, Camden Grey, Inca Yellow, dan English White. Pilihan Dynamic Red dan Camden Grey mempunyai bahagian dalam hitam dan merah, sementara Inca Yellow dan English White dilengkapi dengan bahagian dalam berwarna kelabu.

EV roadster dengan anggaran harga di bawah RM350,000 ini menampilkan pintu gunting ikonik dan akan membuat penampilan umum di Auto Car Expo (ACE) 2024 yang akan berlangsung pada 26 dan 27 Oktober 2024 di Pusat Konvensyen Setia City.

Berkaitan

  • Jualan EV Di Malaysia Meningkat Untuk Separuh Pertama 2024
  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • Perodua EV Harga Mampu Milik Bakal Tiba Menjelang Akhir 2025

Sumber: siaran media SAIC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY