Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hisense Introduces RoamView, A Screen That Moves with the Way You Live

Hisense Perkenal RoamView, Skrin 4K Mudah Alih Dengan Bateri Terbina

Diterbitkan September 21, 2026 oleh Amsyar Latif

Hisense memperkenalkan RoamView, skrin mudah alih terbaharu di bawah Lifestyle Series yang direka untuk digunakan di pelbagai ruang dalam rumah tanpa perlu terikat pada satu lokasi seperti televisyen konvensional.

RoamView boleh dipindahkan dari satu bilik ke bilik lain, selain membolehkan skrin diputar, dicondongkan atau dilaraskan ketinggiannya mengikut sudut tontonan yang diinginkan.

Stand RoamView turut dilengkapi bateri terbina di dalam, membolehkan ia digunakan tanpa perlu sentiasa disambungkan ke soket kuasa. Bagaimanapun, jika skrin ditanggalkan daripada stand, ia perlu disambungkan kepada bekalan kuasa untuk digunakan.

Selain menonton kandungan, RoamView turut menawarkan beberapa fungsi lain seperti Whiteboard, papan lakaran digital, Art Gallery serta Karafun untuk karaoke. Bagi hiburan, ia menyokong penstriman kandungan pada resolusi sehingga 4K.

Dari segi perkakasan, Hisense melengkapkan RoamView dengan 8GB memori dan storan dalaman 128GB, yang membolehkan pengguna menjalankan pelbagai aplikasi serta menyimpan kandungan seperti filem, rancangan TV dan foto.

RoamView menjadi sebahagian daripada Hisense Lifestyle Series bersama CanvasTV, dengan siri tersebut memfokuskan paparan yang lebih fleksibel untuk disesuaikan dengan ruang serta cara penggunaan dalam rumah.

Hisense bagaimanapun belum mendedahkan harga dan maklumat ketersediaan RoamView untuk pasaran Malaysia.

Berkaitan

  • Hisense Lancar Siri Laser Family Di Malaysia, Harga Bermula RM23,999
  • Dolby Vision 2 Dilancar, Pengguna TV Hisense Terawal Terima Naik Taraf

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tak Perlu Telefon Atau Kad, AEON Kini Uji Bayaran Guna Imbasan Wajah Di KL Midtown
  • Instagram Lancar Edits Untuk Mac, Editor Video Percuma Dengan Eksport 4K Tanpa 'Watermark'
  • MOSTI Sahkan Terima Maklumat Awal Mengenai Penampakan Cahaya Terang Di Langit
  • Proton Perkenal Program 5-Star Bagi Tingkatkan Kualiti Pengeluaran EV
  • Pensyarah UM Bangunkan Bateri Hibrid Daripada Sisa Nanas Dan Getah Asli
  • POCO X8s Dengan Snapdragon 7 Gen 4 Tiba Di Malaysia, Harga Promosi Bermula RM1,399
  • Graduan Pelatih Hong Leong Bank Bina Chatbot AI Dan Automasi RPA Dalam Program 12 Bulan
  • 5 Perkara Tentang "Grand Theft Auto VI" Yang Sudah Diketahui Setakat Ini
©2026 WISER.MY