Bingo G-200 menawarkan pandangan 110 darjah dan resolusi imej pada 1280x720 HD. Headset ini akan dikuasakan oleh CPU ARM Cortex A7 di gandingkan bersama RAM bersaiz 1GB dan 8GB ROM yang boleh dinaiktaraf sehingga 32GB. Peranti ini dimuatkan dengan bateri bersaiz 5000mAh dan Bingo mendakwa ianya mampu bertahan selama 6 jam berterusan.
Bingo G-200 dibina dengan kulit dan kusyen yang sangat selesa apabila dipakai dan mampu bertahan lama. Sistem operasi Nibiru membolehkan pengguna memuat turun permainan, aplikasi dan video 3D melalui Nibiru Store. Peranti ini memiliki berat sebanyak 459gram dan juga memiliki tali yang boleh di laras.
Selepas kejayaan mereka dengan jam pintar Bingo C-6 sebelum ini, syarikat tersebut yakin headset VR mereka ini mampu pergi lebih jauh dan memberikan alternatif kepada headset seperti Google yang masih perlu mengunakan telefon pintar sebagai paparan skrin atau Samsung Gear VR yang juga mempunyai 'app store' tersendiri dan pengalaman VR yang penuh namun sedihnya ianya hanya boleh disambungkan dengan telefon pintar Samsung.
Berkaitan
- Vivo V17 Pro's Superday Dapat Sambutan Hangat Warga Johor
- Xiaomi AirDots - Fon Telinga Tanpa Wayar Yang Jauh Lebih Murah Berbanding Apple AirPods
- Mi Band 4 Bakal Hadir Dengan Paparan Berwarna
- OPPO F11 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 19 Mac Depan
- China Mobile Menjadi Mangsa Terbaru Perang Dingin AS-China
- Memang Gempak, Ini Tips Kami Untuk Guna Kamera Samsung Galaxy S10
- Versi Ketiga Beta Android P Sedia Untuk Diuji
- Mi 8 Pro Dengan Binaan Transparent Yang Cool, Tapi..
- Huawei Mate 20 Mungkin Hadir Dengan Pengecasan Tanpa Wayar Terpantas
- (Video) Huawei Anjurkan Kejohanan Pengecasan Tanpa Wayar Berbalik