Hater Dating Apps- Kenali Pasangan Berdasarkan Apa Yang Anda Tak Suka

Apabila kita mencari seseorang untuk berbual atau berkenalan di aplikasi sosial, kita sering memilih berdasarkan hobi atau kegemaran yang sama dengan kita. Ada juga yang memilih berdasarkan rupa, tapi kita letak tepi dulu.

Brendan Alper, seorang usahawan British berusia 29 tahun, mengambil keputusan untuk membawakan sejenis aplikasi dating berdasarkan senarai perkara yang menyakitkan hati. Mungkin anda mahu bertemu jodoh dengan seseorang yang tidak sukakan kucing seperti anda, contoh, inilah aplikasi yang sesuai.



Hater menyerupai banyak aplikasi dating yang lain, seperti Bumble dan Tinder, dalam pelbagai cara. Ia membantu anda mencari pasangan dengan minat yang sama. Cuma berbeza sedikit dengan aplikasi dating lain, Hater akan mempertemukan anda dengan seseorang yang benci pada perkara yang sama dengan anda.





Mekanisma yang digunakan adalah sama dengan Tinder. Pengguna perlu memilih beberapa topik yang tidak disukai seperti contoh, anda tidak sukakan reality TV show, swipe ke bawah jika tidak suka, swipe ke atas jika anda tidak ada masalah dengan topik tersebut.

Pengguna juga boleh swipe ke tepi kiri atau kanan jika anda tidak mahu menilai topik tersebut. Kira tak tahu sama ada suka ataupun tidak.



Aplikasi ini hanya boleh didapati di peranti iOS sahaja. Hater akan muncul di platform Android dalam masa terdekat. Namun jika dilihat, aplikasi ini masih berada dalam peringkat awal dan masih tidak banyak topik khusus terutamanya untuk pengguna tempatan.

Hater akan mengemas kini topik melalui cadangan pengguna dari masa ke semasa supaya aplikasi ini releven untuk pasaran dunia. Setakat ini terdapat senarai topik seperti Donald Trump, marijuana, selfie dan beberapa lagi topik umum yang lain.

Sumber