Dengan peningkatan harga minyak disebabkan krisis Rusia-Ukraine, industri kereta elektrik mungkin dianggap dapat menggunakan kesempatan ini untuk meningkatkan jualan. Sebaliknya, industri ini juga sedang mengalami isu disebabkan pembuatan baterinya.
Bagaimana ini boleh berlaku? Bateri kereta elektrik berbeza daripada bateri pada kereta yang menggunakan petroleum kerana ia memerlukan kuasa yang jauh lebih tinggi maka bahan yang diperlukan juga lebih mahal.
Jika sesuatu buruk berlaku pada bateri, kos untuk membaiki atau menukar baharu amatlah tinggi sehinggakan ada yang bertindak untuk meletupkan terus kereta mereka.
Antara bahan penting untuk bateri kereta elektrik ialah nikel dan harga bahan mentah ini lebih cepat melambung berbanding minyak. Terkini, harga nikel mencatatkan peningkatan 2 kali ganda dengan mencapai lebih $100,000 (~RM419,000) per tan sehingga London Metal Exchange terpaksa menggantung dagangannya.
Rusia bukan pelombong nikel terbesar di dunia bahkan di belakang Indonesia dan Filipina, menurut US Geological Survey. Negara terbesar ini hanya menyumbang pada 6% bekalan nikel seluruh dunia.
The move in nickel prices today is by far the biggest-ever one-day increase in the six base metals (nickel, tin, copper, aluminum, zinc, lead) traded on the London Metal Exchange pic.twitter.com/m9ZqdTcBM6
— Nat Bullard (@NatBullard) March 7, 2022
Bagaimanapun, sebuah syarikat dari Rusia iaitu Norilsk ialah satu-satunya syarikat pembekal nikel terbesar di dunia dan pengeluar kereta elektrik amat bergantung padanya.
Norilsk overall accounts for 7% of all in nickel supply. But EV makers, auto OEMs and battery cell producers will terrified of losing 20% of a market with prices already at decade long highs.
— Simon Moores (@sdmoores) February 24, 2022
Sebelum perang Rusia-Ukraine lagi, Bloomberg dan Reuters telah melaporkan isu harga nikel sememangnya menjadi kebimbangan utama para pengeluar kereta. Bahkan, Elon Musk sendiri pernah memuat naik twit berkongsi rancangan syarikat untuk mencari alternatif bateri yang menggunakan nikel.
Gambar utama: Bloomberg
Sumber: The Verge, Fortune
Baca juga: