Harga Jualan Samsung Gear 360, Gear VR Dengan Controller, Dan DeX Station Untuk Pasaran Malaysia

Bersempena dengan pelancaran Samsung Galaxy S8 di tanah air, Samsung Malaysia turut membawakan aksesori-aksesori menarik yang bakal melengkapkan telefon flagship tersebut.

Aksesori yang dimaksudkan adalah:

  1. Samsung Gear 360

  2. Gear VR dengan Controller

  3. DeX Station


Samsung Gear 360 (RM999)


Samsung-Galaxy-Gear-360-04-1024x683

  • Merupakan kamera dengan dwi lensa fish eye dengan 8.4megapiksel bagi setiap lensa disamping sensor f/2.2.

    • Dimensi : 100.6 x 46.3 x 45.1mm

    • Berat : 130g

    • Resolusi : Dwi lensa 4096 x 2048 (24fps), Satu lensa 1920 x 1080 (60fps)

    • Bateri : 1160 mAh

    • USB Type -C : (2.0)

    • Sokongan kad MikroSD sehingga 256GB

    • Aplikasi mudah alih : Android, iOS

    • Perisian Komputer : Windows, Mac *36o Video Editor tidak ditawarkan untuk komputer MacOS




Gear VR dengan Controller (RM499)


Samsung-Galaxy-Gear-VR-Controller-09-1024x683

  • Peranti untuk fungsi realiti maya.

  • Sama seperti set VR yang dilancarkan bersama Note 7 dahulu, kali ini ia hadir dengan controller.

  • Penambahan controller ini sudah pasti memberikan pengalaman berbeza kepada pengguna.

    • Dimensi : 207.8 x 122.5 x 98.6 mm

    • Berat : 345g

    • Sensor : Gyroscope / Accelerometer, Proximity

    • Sambungan telefon : USB Type - C dan Mikros USB

    • Serasi digunakan dengan; Galaxy S8, S8+, S7, S7 Edge, Note 5, S6 Edge+, S6, S6 Edge

    • Port tambahan; USB Type-C (sambungan kuasa), Memori OTG USB, controller pihak ketiga




DeX Station (RM459)


apps_dex_feature05_pc

  • Merupakan dock bersaiz poket yang menyambungkan Galaxy S8 ke skrin paparan yang lebih besar (monitor komputer)

  • Digunakan juga sebagai pengecas telefon.

    • Port : HDMI, Ethernet, USB 2.0, USB Type-C

    • Berat : 230g




Sumber: Lowyat.net