Harga Jualan Huawei Mate 20 X Diturunkan, Kini Berharga RM2899

Peranti dengan saiz paparan sebesar 7.2 inci, Huawei Mate 20 X diperkenalkan dalam negara pada harga RM 3199.

Huawei Malaysia hari ini mengumumkan penurunan harga jualan peranti berkenaan dimana kini ia boleh dimiliki pada nilai RM2899.



Bagi yang tertanya-tanya tentang spesifikasi peranti ini, ia diperlengkapkan dengan cip Kirin 980, RAM 6GB, storan dalaman sehingga 128GB yang boleh diluaskan lagi dengan penggunaan kad NanoSD.

Tetapan kamera adalah sama seperti yang ada pada model Mate 20 Pro dengan kombinasi kamera 40MP + 20MP + 8MP. Dibawahnya terdapat sensor pengimbas cap jari.

Takuk kecil pada bahagia skrin pula ditempatkan dengan kamera 24MP. Mate 20 X juga mempunyai sokongan stylus melalui M-Pen. Harga terbaru yang dikemaskini berkuatkuasa serta merta dan anda boleh dapatkannya diseluruh negara menerusi pengedar sah Huawei Malaysia ataupun secara dalam talian.