Hard Drives Semakin Dilupakan











Hampir 60 tahun industri komputer bergantung kepada hard
drive sebagai medium penyimpan data, namun tahun 2018 bakal menampakkan
perubahan ketara pada dunia teknologi. Sejak SSD (Solid State Drive)
diperkenalkan di pasaran, perhatian pengguna mula tertumpu kepada sistem
simpanan baharu itu.









Syarikat pengeluar komputer juga mula berubah angin dengan
memasang SSD pada keluaran komputer mereka. Tren pemasangan SSD di dalam
komputer riba semakin meningkat sejak 2015 dan dijangka angka itu akan
bertambah menjelang 2018. Difahamkan lebih separuh komputer riba yang akan
dipasarkan pada 2018 dilengkapi dengan SSD.

















Ramai sudah maklum mengenai kelebihan yang terdapat pada SSD
berbanding hard drive. Kepantasan dalam menghidupkan komputer, membuka aplikasi
serta perisian-perisian yang berat dengan cepat bukanlah sesuatu yang asing
bagi SSD. Walaupunbegitu, harga sesebuah SSD pasti membuatkan seseorang
berfikir sebelum membeli. Cuba bayangkan SSD model Crucial MX300 525GB antara yang terbaik di pasaran berharga $130, tetapi dengan harga yang sama anda boleh membeli hard drive yang mempunyai storan 8 kali ganda lebih besar.









walaupun SSD semakin mendapat tempat di hati pengguna komputer, hard drive masih relevan untuk terus berada di pasaran. Kebanyakkan syarikat membeli hard drive dalam jumlah yang besar untuk digunakan sebagai cloud storage.