Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Hampir Separuh Populasi Dunia Merupakan Pengguna Media Sosial

Hampir Separuh Populasi Dunia Merupakan Pengguna Media Sosial

Diterbitkan Ogos 8, 2017 ยท Dikemas kini Ogos 8, 2017 oleh Helmi Samsuri

Berdasarkan laporan statistik yang disusun oleh We Are Social dan Hootsuite, didapati pengguna media sosial seluruh dunia telah melebihi angka 3 bilion pengguna aktif.

Hampir Separuh Populasi Dunia Merupakan Pengguna Media Sosial

Ia merupakan satu perkara yang agak mengejutkan kerana jika difikirkan semula, populasi bumi dianggarkan berjumlah 7.524 bilion penduduk. Selain daripada itu, data-data yang diperolehi daripada pelbagai sumber serata dunia menjangkakan jumlah itu bertambah dari masa ke masa.

Sejak April yang lalu, terdapat 4% peningkatan pengguna aktif di seluruh dunia dan ia bersamaan dengan 121 juta orang atau lebih kurang 1 juta pengguna sehari.

Facebook sudah pasti mendominasi carta pengguna aktif seluruh global diikuti beberapa platform media sosial lain yang juga dibawah satu syarikat yang sama, seperti…

  • Youtube
  • Whatsapp
  • FB Messenger.

Hampir Separuh Populasi Dunia Merupakan Pengguna Media Sosial

Melihat kepada statistik ini, boleh dirumuskan bahawa telefon pintar merupakan peranti penting bagi dua pertiga penduduk dunia.

Diantara dua musuh tradisi, Android dan iOS, sudah pasti ia berpihak kepada Android. Difahamkan sejak awal tahun 2017, peratusan pegangan pasaran iOS berada dalam keadaan statik tanpa peningkatan.

Hampir Separuh Populasi Dunia Merupakan Pengguna Media Sosial

Laporan penuh disini

Sumber: The Next Web

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Navigasi TuJu Dipautkan Terus Ke Google Maps Bagi Optimumkan Kos Operasi - Ahmad Maslan
  • Skor 397.5/400 Dalam Peperiksaan Kebangsaan Korea Selatan Rupanya Dibantu AI
  • Selepas TikTok, Jordan Kini Haramkan Pula Telegram Atas Alasan Keselamatan
  • Penyelidik UMPSA Bangunkan Dron Berkuasa Roket Bagi Memintas Dron Penceroboh
  • Megaspeed Sahkan Alice Huang Keluar Syarikat Sejak Ogos 2025
  • China Berjaya Terbangkan Pesawat Komersial Elektrik Sepenuhnya Selama 16 Minit
  • Apple Uji Aplikasi AI Kesihatan, Boleh Jawab Soalan Berdasarkan Data Pengguna
  • Malaysia Sertai Sesi Sulung Digital Majlis Di MWC 2026, Doha
©2026 WISER.MY