Sejak pandemik COVID-19 melanda dunia, sekitar 53% penduduk global menghabiskan masa dengan media sosial.
Disebabkan tidak boleh bergerak ke sana dan ke sini dalam tempoh itu, ada dalam kalangan individu yang berasa kesunyian. Golongan ini akhirnya terjerumus ke lembah percintaan dalam talian atau online dating.
Berdasarkan kaji selidik yang dijalankan Kaspersky, 18% daripada 1007 dewasa yang mewakili Asia Tenggara mengakui bahawa mereka menggunakan aplikasi media sosial untuk mencari pasangan.
Namun, percintaan dalam talian ini banyak risikonya. Kadangkala, ramai yang menipu rupa dan perwatakan ibarat sedang bermain game. Jika tersilap langkah, boleh bercinta dengan sesama jantina pula.
Bukan itu sahaja, scam yang berpunca daripada percintaan dalam talian juga kian meningkat sejak tahun 2020 dan terdahulu, sindiket “cinta internet” telah diserbu pihak polis Singapura dan Malaysia. Sindiket seperti itu telah memperdaya mangsa sehingga mencecah ribuan dollar.
Menurut Kaspersky, secara purata, sebanyak 33% generasi “silent” (1918-1945) ditipu kurang USD100 (~RM418) serta USD5001-USD10000 (~RM21,000-RM41,000) disebabkan percintaan dalam talian.
Kata Kaspersky, generasi lebih tua ini kebiasaannya akan berasa sunyi tetapi pada masa yang sama ada wang pencen. Inilah sebab penjenayah siber lebih cenderung menyasarkan generasi tersebut.
Sekadar peringatan, tidak kiralah aplikasi media sosial atau aplikasi janji temu, pastikan anda sentiasa berhati-hati apabila berurusan dalam talian. Ini juga termasuk dalam jual beli.
Sumber: Kaspersky
Baca juga: