Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

151 Aplikasi Android Ini Perlu Dibuang Segera Kerana Berkait Dengan Scam SMS

Posted on November 2, 2021

Dunia internet ini sememangnya terbuka, pengguna bebas untuk memasang apa sahaja aplikasi di peranti mereka. Namun, perkara yang membimbangkan adalah jika tersilap langkah, anda berdepan dengan scam atau lebih parah dijangkiti perisian hasad yang boleh mengakibatkan kecurian data.

Terkini, Avast telah mengenal pasti sebanyak 151 aplikasi Android palsu berkait rapat dengan kempen scam SMS yang dikenali UltimaSMS campaign. Kesemua aplikasi tersebut menyamar sebagai aplikasi yang sah seperti penuras kamera, penyuntingan foto, permainan mahupun pengimbas kod QR.

Selain itu, dikatakan aplikasi palsu tersebut telah dimuat turun sebanyak 10.5 juta kali di lebih 80 negara di seluruh dunia. Tujuannya hanya satu, mereka mahu pengguna untuk memasang aplikasi UltimaSMS, kemudian ia terus mengenal pasti IMEI serta lokasi peranti agar scam ini berjaya. Seterusnya memaksa pengguna melanggan perkhidmatan SMS premium pada harga USD40 (~RM165).

Tambah Avast, aplikasi yang disenaraikan itu juga diiklankan di media sosial popular seperti TikTok, Instagram, Facebook dan banyak lagi. Jadi, mungkin disebabkan ini ramai yang akan terperangkap.

Perisian hasad merupakan satu masalah yang membimbangkan dan menghantui pengguna. Bulan lalu juga, lebih 10 juta peranti Android dijangkiti GriftHorse.

Apa-apa pun, berikut adalah sebahagian aplikasi Android yang perlu dibuang segera.

  1. Ultima Keyboard 3D Pro
  2. VideoMixer Editor Pro
  3. FX Animate Editor Pro
  4. Battery Animation Charge 2021
  5. Dynamic HD & 4K Wallpapers
  6. RGB Neon HD Keyboard Background
  7. AppLock X FREE
  8. NewVision Camera
  9. Ultra Camera HD
  10. Wi-Fi Password Unlock
  11. Wi-Fi Around: All Wi-Fi and Hotspots Unlock
  12. Colorful Call Screen & Phone Flash
  13. Waterdrinker Reminder
  14. GT Sports Racing Online
  15. Magic Fonts and Keyboard 2021
  16. All Language Photo and Voice Translator Al
  17. Crime City: Revenge
  18. Reface Ultra
  19. Projector HD/AR Video Editor
  20. LivePhoto Animator
  21. Ludo Masterpiece Online
  22. Mobile Scanner Pro: PDF Scanner App, Scan to PDF
  23. Magic Mix Cut – Super Video Editor
  24. Future Scanner FREE 2021
  25. Pro Video Downloader 2021
  26. AmazeTranslate
  27. Football Masters 2021
  28. New Body Shape Editor
  29. Call Voice Recording 2.0
  30. Pro Tuber Ad Blocker for Video
  31. Fitness Ultimate 2021
  32. Wallpaper XYZ Pro

Untuk mengetahui senarai penuh, anda boleh klik di SINI atau rujuk gambar di bawah.

Sumber: BGR

Baca juga:

  • Ini Senarai Telefon Huawei Yang Akan Terima EMUI 12

  • Xiaomi Dipintas Apple Semula Dalam Pengeluar Telefon Terbesar Dunia

  • Bekas Pekerja Samsung Mengatakan Ini Rupa Galaxy S22 Dan S22 Plus

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress