Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Dating – Ciri Terbaru Daripada Facebook Yang Bakal Menyaingi Tinder

10 Aplikasi “Dating” Ini Paling Popular Di Malaysia Sepanjang Tahun 2021

Diterbitkan Januari 26, 2022 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada kaji selidik yang dijalankan oleh laman analisis App Annie, pengguna di seluruh dunia telah membelanjakan sehingga lebih daripada USD4 bilion untuk aplikasi janji temu (“dating“).

Jumlah itu adalah yang tertinggi bagi tempoh 4 tahun lalu.

dating statistik
Jumlah ini adalah meliputi pengguna peranti Android dan iOS.

Menurut App Annie, pengguna di Amerika Syarikat, Jepun, U.K dan China adalah pengguna terbesar yang banyak membelanjakan wang mereka untuk aplikasi temu janji ini.

Pengguna di negara Jerman dan Indonesia pula menunjukkan peningkatan sehingga 2 kali ganda berbanding tahun 2018 dahulu.

Tetapi berbeza pula dengan pengguna di India yang menunjukkan penurunan perbelanjaan terhadap aplikasi janji temu.

Pengguna di Malaysia juga tidak ketinggalan dalam menggunakan aplikasi janji temu. Berikut adalah 10 aplikasi janji temu yang paling banyak dibelanjakan pengguna di Malaysia menurut App Annie:-

  1. Omi
  2. Mango Live
  3. Tinder
  4. Lamour
  5. Tantan
  6. TanDoo
  7. Melo
  8. LivU
  9. Chamet
  10. Blued

Berikut pula adalah 10 aplikasi janji temu yang paling banyak dimuat turun pengguna di Malaysia sepanjang tahun 2021 menurut App Annie:-

  1. Omi
  2. MiChat
  3. TanDoo
  4. Lamour
  5. Tantan
  6. Tinder
  7. LivU
  8. Mixu
  9. CuteU
  10. Melo
  11. Harmonica

Manakala berikut adalah senarai 10 aplikasi janji temu yang paling banyak dimuat turun pengguna di seluruh dunia sepanjang tahun 2021 menurut App Annie:-

  1. Tinder
  2. Badoo
  3. CuteU
  4. Azar
  5. Bumble App
  6. MiChat
  7. Tantan
  8. Lamour
  9. SweetMeet
  10. ZeepLive

Sumber: App Annie

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY