Habis Terjual Dalam Masa 5 Minit Sahaja, Promosi Honor 9 Lite Bakal Kembali 3 Petang Ini

Hari ini 9 Mac 2018 Honor bersama laman beli-belah dalam talian, Shopee, telah mengadakan potongan harga bagi model Honor 9 Lite. Harga sebenar peranti adalah RM749, tetapi promosi yang berjalan pada dua sesi hari ini menawarkannnya pada harga RM 699 sahaja.

Promosi tersebut telah bermula tepat jam 9 pagi tadi dan hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja sebelum kesemua 500 unit ditawarkan habis terjual.

Bagi yang tidak berkesempatan pada pagi tadi, Honor dan Shopee membawakan 1000 unit untuk promosi disebelah petang yang akan bermula pada pukul 3 petang 9 Mac 2018, sebentar lagi.

Berikut merupakan spesifikasi ringkas Honor 9 Lite.

  • Skrin 5.65 inci HD+ penuh

  • Kirin 659

  • RAM 3GB

  • ROM 32GB dengan sokongan kad MikroSD 256GB

  • EMUI 8.0 berasaskan Android Oreo

  • Bateri 3000 mAh

  • Dwi kamera depan dan belakang 13MP+2MP


Beli pada harga promosi 3 petang 9 Mac 2018.